Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapten bot Singapura didenda $5,300 masuki Indonesia tanpa izin

Jan 18, 2017 | 10:23 AM



KAPTEN sebuah not bot nelayan Singapura, Shoo Chiau Huat, yang telah ditahan di penjara Tanjung Pinang sejak April tahun lalu, didenda 50 juta rupiah ($5,300) selepas mengaku bersalah memasuki Indonesia tanpa izin.



Namun dia terus ditahan di penjara walaupun bersetuju membayar denda itu, kata peguam Shoo selepas hukuman dijatuhkan Selasa (17 Jan).



Ini kerana Tentera Laut Indonesia bercadang meneruskan kes berasingan terhadapnya kerana belayar di perairan Indonesia tanpa permit - kesalahan yang boleh membawa hukuman sehingga enam tahun penjara.



Ini kali kedua pihak berkuasa Indonesia mengambil tindakan ke atas Shoo - bagi kesalahan lain - sejak dia dibebaskan daripada tuduhan menangkap ikan secara haram pada bulan Julai tahun lepas.



Shoo mulanya kelihatan lega apabila diberitahu hakim bahawa dia akan dibebaskan dan boleh pulang selepas membayar denda itu.



Tetapi kegembiraan berakhir apabila dia mendapat tahu bahawa pasportnya telah diserahkan kepada tentera laut sebagai sebahagian daripada penyiasatan berasingan terhadapnya. Dia dan peguamnya tidak menyedari hal ini.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, komander Pangkalan Tentera Laut di Tanjung Pinang S. Irawan mengesahkan bahawa tentera laut sedang menyiasat pelanggaran "undang-undang pelayaran".



"Apabila kes imigresen selesai, kami akan meneruskan kes 'pelayaran'," katanya, "bagi bagi memastikan kesan cegahan".



Pihak Pendakwaan, yang mahukan denda berganda daripada yang dikenakan, mempunyai tujuh hari untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu.



Ekoran perkembangan itu, peguam Shoo, Encik Herman Black, menasihatkan anak guamnya supaya tidak membayar denda itu.



"Tiada guna membayar denda jika Encik Shoo masih tidak boleh pulang ke Singapura," katanya.



Katanya, beliau telah memaklumkan kepada konsulat Singapura di Batam mengenai kes itu tetapi anak guamnya masih perlu menunggu keputusan pendakwa sama ada ia akan meneruskan dengan dakwaan tentera laut.



Shoo telah membawa 13 pemancing rekreasi dari Singapura dan Malaysia dengan bot MV Selin pada 16 April tahun lepas apabila bot itu telah ditahan Tentera Laut Indonesia di perairan Tanjung Berakit, dekat Bintan, kerana menceroboh.



Semua 13 pemancing itu dihantar pulang seminggu kemudian tetapi Shoo didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia. Sebuah mahkamah mendapati tiada cukup bukti dia bersalah di bawah Akta Perikanan dan membebaskannya Julai lalu.



Namun Shoo kemudian dihadapkan dengan kesalahan imigresen memasuki Indonesia secara haram.



Kementerian Luar Singapura memantau kes itu dan meminta Indonesia menjelaskan alasan undang-undang menahan Shoo. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >