Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapten bot warga Singapura ditahan di Riau: MHA hantar nota bantahan

Oct 05, 2016 | 09:03 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura telah menghantar nota diplomatik kepada pihak berkuasa Indonesia terhadap penahanan seorang kapten bot warga Singapura, yang terus ditahan walaupun mahkamah telah membebaskan beliau daripada tuduhan memancing secara haram di perairan Indonesia.



Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik I Gede Ngurah Swajaya, sendiri telah menyerahkan nota itu kepada ketua undang-undang wilayah dan hak asasi manusia Kepulauan Riau, Encik Ohan Suryana, yang mengesahkan ini pada Selasa (4 Okt).



Nota itu ialah "bantahan terhadap pengendalian prosiding undang-undang terhadap seorang rakyatnya", kata Encik Ohan kepada pemberita, merujuk kepada Kapten Shoo Chiau Huat, 50 tahun.



Encik Shoo sedang membawa tujuh warga Singapura dan enam rakyat Malaysia di atas bot MV Selin, apabila ia ditahan oleh tentera laut kerana menceroboh pada 16 April lalu di perairan Tanjung Berakit, di luar pulau Bintan.



Semua penumpang dihantar pulang kira-kira seminggu selepas mereka ditangkap.



Encik Shoo didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia, tetapi mahkamah tempatan mendapati bukti tidak mencukupi dan membebaskan beliau pada Julai.



Bagaimanapun, beliau terus ditahan pihak berkuasa imigresen tempatan selepas beliau didakwa dengan kesalahan imigresen sebaliknya.



Pegawai imigresen Tanjung Pinang, Encik Said Noviansyah, berkata sebelum ini pihaknya menyiasat Encik Shoo kerana beliau didakwa memasuki wilayah Indonesia tanpa kebenaran.



MFA berkata pada Ogos ia sedang memantau kes Encik Shoo "dengan keprihatinan" dan telah meminta penjelasan mengenai asas undang-undang bagi penahanan beliau.



Encik Ohan berkata Kementerian Luar Indonesia mahu Encik Shoo dihantar pulang, tetapi ia tidak dapat dilakukan "kerana pertimbangan undang-undang".



"Kami akan teruskan. Ini terbukti kerana kami menang semasa praperbicaraan... saya yakin beliau (Encik Shoo) akan disabitkan bersalah," katanya.



Pada Selasa, Encik Shoo menghadiri perbicaraan kedua di mahkamah daerah Tanjung Pinang bagi tuduhan imigresennya.



Peguam beliau, Encik Herman Black, berkata perbicaraan kes itu dijalankan selepas usul sebelum perbicaraan terhadap penahanannya kerana didakwa memasuki perairan Indonesia tanpa dokumen sah pada September ditolak oleh panel hakim.



"(Ia) masih di peringkat awal. Hari ini kita mendengar tuduhan yang dibuat oleh pendakwa raya," katanya.



"Dengan sesi ini, saya melihat pelanggan saya sedang dipaksa untuk dijadikan pihak yang bersalah. Saya bimbang."



Seorang lagi kapten bot Singapura, Encik Ricky Tan Poh Hui, dan anak kapal serta sembilan penumpangnya, juga ditahan pihak berkuasa tempatan selepas mereka ditangkap pada 21 Ogos kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >