Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapten jalani kursus komand dari rumah

Oct 30, 2020 | 05:30 AM



SEPANJANG menjalani Kursus Komand dan Staf (CSC) di Kolej Komand dan Staf Goh Keng Swee (GKSCSC), Kapten (NS) Abdul Haniff Abdul Khalik tidak sedikitpun merasakan kesihatan atau kesejahteraannya terancam.



Ini meskipun pandemik Covid-19 telah menjejas kursus 10 bulan yang diadakan bagi mempersiapkan anggota tentera untuk jawatan yang lebih tinggi di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



"Tidak ada satu detik selama kursus itu dijalankan bahawa kami rasakan keselamatan kami terancam, dan pihak GKSCSC telah memberi jaminan bahawa pembelajaran masih dapat dilakukan dengan cara yang selamat dan terjamin," kata anggota kerahan SAF berusia 39 tahun itu.



Sebagai langkah pengurusan selamat, semua sesi pembelajaran kursus yang bermula Januari lalu telah dipindahkan ke dalam talian susulan penguatkuasaan tempoh pemutus litar pada April, dan mereka yang menyertai kursus itu digalak untuk mengikuti pembelajaran dari rumah (HBL) selama hampir dua bulan.



Bagi Kapten (NS) Abdul Haniff, pada mulanya, beliau prihatin dengan perubahan ini dan khuatir tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kursus tersebut.



"Untuk pelajar yang lebih berusia seperti kami, ia merupakan sesuatu yang mencabar. Ini kerana apabila kami melakukannya di rumah, banyak faktor lain yang mungkin akan mengganggu tumpuan kami seperti anak-anak dan juga komitmen di kerja.



"Namun, ia juga ada baiknya kerana keluarga saya juga dapat memahami apa yang saya lakukan setiap kali saya dikerah untuk menjalani perkhidmatan negara," kata bapa kepada tiga orang anak berusia antara dua dengan 12 tahun dan bertugas sepenuh masa sebagai pengurus kanan di Certis Cisco.



GKSCSC turut menitikberatkan langkah pengurusan selamat di kampus Institut Ketenteraan Safti dan memastikan semua langkah-langkah ini dipatuhi apabila peserta kursus itu kembali mengikuti fasa latihan di kampus pada Jun lalu.



Di samping waktu ketibaan berperingkat, dan juga tempat makan yang berbeza, peserta juga telah dipisahkan kepada 10 anggota setiap kumpulan, bagi mengurangkan pergaulan antara mereka.



Walaupun perlu menempuhi cabaran baru ini, Kapten (NS) Abdul Haniff merasakan bahawa kursus itu sangat bermanfaat kerana ia memberi tumpuan kepada ekosistem pertahanan Singapura dan mengajar beliau tentang peranan yang dimainkan semua pihak dalam sistem itu.



Beliau merupakan antara graduan yang menerima sijil dan anugerah dalam majlis penyampaian yang diadakan di Institut Ketenteraan Safti kelmarin.



Secara keseluruhan, seramai 226 graduan menerima sijil dan anugerah tersebut. Mereka terdiri daripada 116 pegawai tetap, 37 pakar tentera, 49 pegawai perkhidmatan negara (NS), tiga pegawai waran daripada SAF, seorang pegawai SPF dan 20 pegawai antarabangsa dari 13 negara termasuk Australia, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat yang turut diiktiraf.



Semasa berucap menerusi persidangan video, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen mengucapkan tahniah kepada para graduan, termasuk pegawai antarabangsa yang masih kekal di Singapura, kerana mempamerkan semangat untuk terus mengikuti kursus ini meskipun diancam wabak Covid-19.



Beliau juga menggesa para graduan untuk tetap tabah dan bertekad dalam menghadapi cabaran yang belum pernah dialami sebelum ini.



Dr Ng berkata: "Langkah-langkah kecil ini - untuk menamatkan kursus ini atas semangat anda sendiri; penyambungan semula hubungan dua dan berbilang hala - menandakan tekad kami untuk menangani Covid-19 dan cabaran keselamatan lain secara tegas bersama.



"Kami akan tetap terus bergerak ke hadapan, secara individu dan bersama, untuk menjadikan dunia kita lebih baik dan selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >