Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapten SAF didakwa dalam kes NSF Liu Kai, 5 lain hadapi dakwaan dedah gambar insiden

Oct 25, 2019 | 02:15 PM



SEORANG pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa di mahkamah kerana menyebabkan kematian anggota perkhidmatan awam sepenuh masa SAF Liu Kai, yang meninggal dunia semasa latihan tahun lalu. 



Ong Lin Jie, 28 tahun, yang juga merupakan seorang kapten, didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan bertindak dengan terburu-buru dan menyebabkan kematian. 



Kenderaan Land Rover Korporal Kelas Pertama Liu dilanggar Kenderaan berperisai Bionix pada 3 November tahun lalu semasa latihan di mana pemandunya terus berundur walaupun telah diperintah untuk berhenti berulang kali. 



Lima pegawai lain turut menghadapi tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana menyebarkan foto insiden tersebut. 



Dua daripada mereka, Muhammad Arif Azman dan Mohamad Haikal Mohamad Zainal Abiddin, sedang menjalani perkhidmatan negara mereka dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan berada di tempat kejadian, di mana mereka telah memetik beberapa gambar insiden tersebut dan menyebarkannya melalui WhatsApp. 



Tiga yang lain- Brandon Tan Jien Jet, Thng Yu Xuan dan Muhammad Zaki Haji Mokhtar- menerima gambar-gambar tersebut, dan telah menyebarkan gambar tersebut tanpa kebenaran walaupun sedar gambar tersebut merupakan maklumat rasmi sensitif.



Jika didapati bersalah, Ong akan menjalani hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kededuanya sekali. 



Lima yang lain hadapi denda tidak melebihi $2,000 dan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >