Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Kapten SAF dipenjara 20 minggu guna kad kredit orang lain beli e-baucar

Feb 18, 2020 | 05:36 PM

SEORANG pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang berpangkat kapten telah membeli butiran kad kredit orang lain daripada seseorang yang dikenali menerusi Dark Web yang hanya boleh diakses menggunakan sofwe khas.

Setelah itu, dia telah menggunakan butiran tersebut untuk membeli 88 e-baucar bernilai lebih $10,000 secara keseluruhannya.

Semalam (Isnin, 17 Feb), Yang Jiafeng, yang bertugas di Pusat Latihan Peninjau Pengawasan Perisikan SAF telah dijatuhkan hukuman penjara 20 minggu setelah mengaku bersalah atas tiga tuduhan menggunakan komputer untuk mengakses tanpa kebenaran data komputer lain.

Ini merupakan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber.

Menurut laporan The Straits Times, Yang, 32 tahun, telah digantung daripada tugasannya oleh SAF.

Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 dan akan menyerahkan diri di Mahkamah Negara pada 24 Februari untuk menjalani hukuman.  

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian