Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya 'jambatan' budaya Melayu, Cina dilancar

Hasil usaha Prof Leo Suryadinata, buku dwibahasa tampilkan karya 4 tokoh kesusasteraan Nusantara
Feb 27, 2022 | 05:30 AM



DISEBABKAN minat dan kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, Profesor Leo Suryadinata, 81 tahun, menganggap dirinya sebagai jambatan antara budaya Melayu dan Cina.



Demikian katanya ketika pelancaran bukunya yang terkini bertajuk Major Malay Poets in Singapore, Malaysia And Indonesia yang diadakan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) semalam.



Untuk menggalakkan sikap saling hormat serta memahami dan memupuk hubungan lebih erat antara masyarakat menerusi kesusasteraan, Institut Confucius di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melancarkan buku dwibahasa Cina dan Melayu mengenai karya-karya empat tokoh karyawan dalam puisi dan kesusasteraan Melayu Nusantara.



Buku ini memperkenalkan pembaca Cina kepada kesusasteraan Melayu di wilayah ini menerusi karya-karya Masuri S.N dari Singapura, Usman Awang dari Malaysia, Chairil Anwar dan Gus Mus dari Indonesia.



Selain penterjemahan karya-karya itu, Profesor Suryadinata juga menjelaskan konteks puisi tersebut di dalam bukunya itu.



Turut menghadiri sesi pelancaran buku itu adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Dalam ucapannya, Encik Fahmi berkata:



"Perkongsian karya sastera antara silang budaya Melayu dan Cina harus dipuji dan saya amat menghargai usaha yang dilakukan organisasi seperti Institut Confucius dalam meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan budaya dalam kalangan masyarakat Cina."



Profesor Suryadinata mempunyai kerjaya cemerlang dalam bidang akademik. Beliau kini merupakan Zamil Pelawat Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak dan profesor sambilan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di NTU.



Selain itu, beliau juga seorang penyajak yang telah memperkenalkan kesusasteraan Melayu kepada masyarakat Cina di sini sejak 1950-an lagi.



"Walaupun saya seorang ahli sosiologi, bagi saya kesusasteraan sangat penting.



"Untuk mencapai harmoni dan pemahaman antara kaum, ramai yang tidak dapat menghargai budaya berbeza disebabkan halangan bahasa.



"Oleh itu dengan buku ini yang tema utamanya mengenai kemanusiaan, saya harap pembaca dapat saling memahami dan menghormati perbezaan antara kaum.



"Teras utama suatu budaya itu boleh dikatakan adalah bahasanya. Menerusi kesusasteraan, pembaca dapat lebih memahami sejarah dan juga budaya lain terutama dalam kaum berbilang budaya," kata pakar sinologi dan bekas pengarah Pusat Warisan Cina di NTU itu.



Menurutnya, beliau telah mengambil sekitar empat tahun untuk menterjemahkan karya-karya Melayu itu kepada Bahasa Mandarin.



Buku setebal 242 muka surat ini berharga $25 senaskhah dan mula dijual di kedai-kedai buku minggu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >