Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya Mandarin penerima Pingat Budaya diterjemah ke bahasa Melayu

NLB
Feb 25, 2023 | 08:30 PM



KARYA penerima Pingat Budaya, penulis, Encik Chia Joo Ming, Squat for Tradition, Sit for Modernity (Yang Tradisi Cangkung, Yang Moden Duduk) kini boleh dinikmati segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa.



Asalnya ditulis dalam bahasa Mandarin, cerpen itu sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil sebagai sebahagian siri One Story Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Dilancarkan pada 2020 sebagai sebahagian daripada Gerakan Membaca Nasional NLB, siri itu mengetengahkan cerpen setempat yang diterjemahkan daripada bahasa asalnya kepada bahasa rasmi Singapura yang lain.



Squat for Tradition, Sit for Modernity merupakan karya ketiga yang diterjemahkan di bawah siri tersebut.



Dua karya lain – karya Tamil, Dharma’s Chariot oleh Encik Sithuraj Ponraj, dan karya Melayu, Razi oleh Dr Sa’eda Buang - pernah diterjemahkan sebelum ini pada 2020 dan 2021.



Squat for Tradition, Sit for Modernity mengisahkan tentang pasangan yang cuba menggantikan tandas cangkung mereka dengan tandas duduk setelah membeli rumah pemuliharaan warisan.



Cerpen itu meneroka isu naluri semula jadi, perkahwinan dan keluarga serta takrif tradisi.



Versi bahasa Melayu diterjemahkan oleh Encik Shaffiq Selamat.

Semasa pelancaran buku terkini siri One Story itu di The Pod @ NLB pada Sabtu,



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NLB, Encik Ng Cher Pong berkata:



“Seperti dua tajuk sebelumnya, cerita terbaru ini berpotensi memperdalam penghayatan dan pemahaman kita tentang pengalaman yang dikongsi merentas budaya dan masyarakat berbeza. 



“Ini adalah sebahagian daripada LAB25 (Pelan Tindakan Perpustakaan dan Arkib 2025) NLB di mana NLB berusaha membina suasana pembelajaran bersama-sama rakan kongsi masyarakat kami seperti NAC (Majlis Seni Kebangsaan) dan penterjemah supaya semua orang boleh membaca dan belajar bersama melalui projek One Story. 



“Kami juga berharap dapat mencetuskan perbualan tentang tradisi dan kemodenan serta menggalak lebih ramai orang menjadi pencerita Singapura dan berkongsi cerita tentang warisan mereka.”



Timbalan CEO NAC, Encik Low Eng Teong pula berkata karya setempat yang diterjemah penting bagi masyarakat berbilang bahasa seperti Singapura.



“Dalam masyarakat berbilang bahasa seperti Singapura, terjemahan sastera amat penting – berkongsi cerita antara satu sama lain memperdalam pemahaman silang budaya kita.



“Ia juga memainkan peranan penting dalam pemeliharaan warisan budaya kita,” ujar beliau.



Sementara itu, pemudah cara Kelab Membaca Ilham Pustaka, Cik Sharifah Mohamed, yang ditemui di NLB pada Sabtu, berkata kelab tersebut akan membincangkan karya Squat for Tradition, Sit for Modernity dalam pertemuan seterusnya.



Ia merupakan karya yang menarik dibincangkan kerana mereka dapat mempelajari dan memahami perbezaan budaya dan adat bangsa lain, kata beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >