Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya peserta peraduan 'Mencari Kristal' tampilkan kerencaman: Pengadil

Feb 08, 2019 | 05:30 AM



PARA peserta yang menyumbang cerpen bagi program Mencari Kristal kelihatan bersungguh-sungguh menampilkan kerencamaan dalam memenuhi tema 'Seram' untuk peraduan kali ini.



Kepelbagaian yang diketengahkan peserta ini menunjukkan mereka berani menyahut cabaran dalam menghasilkan karya bermutu.



Demikian antara pandangan para pengadil yang menilai karya yang untuk peraduan kali ini.



Ketua pengadil, Cik Hanim Mohd Saleh, yang mengelolakan ruangan 'Karya' Berita Harian, malah menyifatkan karya yang diterima "cukup memberangsangkan dari segi mutu bahasa, kreativiti dan keaslian".



"Saya lihat pelbagai tafsiran mengenai tema seram - ada yang secara langsung bercakap tentang mahluk halus, ramai yang menyentuh tentang saka tetapi ada juga mentafsirkan sebagai satu cerminan diri yang menyeramkan.



"Sangat menarik bagaimana kebanyakan peserta tetap menggunakan konteks kehidupan Singapura sebagai latar, walaupun ada yang masih menggunakan latar kampung dan hutan yang sering dikaitkan dengan kisah seram."



Bagi pustakawan kanan, Encik Juffri Supaat pula, perlambangan yang digunakan penulis juga menarik dalam menimbulkan debaran dan perasaan seram dalam jalan cerita.



"Antara mereka, ada yang menulis kisah mistik, cerita hantu, tentang kerasukan dan bayang-bayang atau paranormal. Mereka yang menulis cerita hantu lazimnya menggunakan frasa seperti 'bauan harum', kubur, tengkorak, untuk memancing minat pembaca," ujarnya.



Namun tidak dinafikan, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi penulis yang dikesan pengadil.



Contohnya, had karya yang tidak boleh melebihi 2,000 perkataan seakan 'menghambat' penulis dalam bercerita.



Hal ini dikongsi penggiat teater, Encik Noor Effendy Ibrahim, yang berkata perkembangan jalan cerita adakalanya tersekat secara tiba-tiba.



"Ramai dah penat mengatur jalan cerita yang mendebarkan tetapi pengakhiran cerita tidak menjadi kerana penulis berdepan dengan had perkataan.



Encik Juffri pula menambah, soal ejaan dan kesalahan tatabahasa juga antara perkara yang timbul.



"Ada juga karya yang punya kesalahan ejaan merata-rata. Ini menganggu kelancaran bacaan."



Peraduan menulis cerpen kali ini menarik lebih 70 penyertaan, yang disumbangkan penulis semuda 13 tahun hingga 70-an tahun.



Terdapat juga karya yang ditolak kerana peserta bukan warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Peraduan Mencari Kristal anjuran Berita Harian dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ini hanya membenarkan penulis mengirim satu sahaja karya untuk dipertandingkan, sekiranya mereka mengirim dua karya atau lebih, hanya karya pertama sahaja yang diterima dan selebihnya ditolak



Ada juga karya yang ditolak kerana ia melebihi had 2,000 patah perkataan dan juga karya yang tidak disertakan dengan borang rasmi.



Untuk pemilihan awal, Cik Hanim, Encik Juffri dan Encik Noor Effendy, akan memilih 35 karya terbaik di mana para penulis akan berpeluang mengikuti bengkel mingguan Mencari Kristal selama enam minggu secara percuma.



Keputusan bagi penilaian untuk pusingan pertama ini akan diumumkan pada 10 Februari ini.



Semasa mengikuti bengkel kelak, kesemua 35 peserta diperlukan mengemukakan karya kedua mengikut tema yang sama.



Di peringkat ini kelak, ketiga-tiga pengadil tadi bersama dua lagi pengadil - Encik Jamal Ismail dan Encik Hamed Ismail - akan memilih lapan karya terbaik, dengan penulis karya terbaik akan memenangi hadiah wang tunai $5,000 beserta piala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >