Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Karya seramik analogi kehidupan anak penagih dadah

Kehidupan kanak-kanak seringkali terjejas apabila ibu bapa mereka dipenjarakan disebabkan kesalahan dadah dan pameran seni yang berlangsung hingga hujung minggu ini dengan paparan karya seramik oleh kanak-kanak sedemikian memberi bayangan tentang kehidupan mereka. Sebanyak 65 karya seni seramik yang cantik, masing-masing mempunyai kisah tersendiri di sebalik rekaannya sedang dipamerkan di Galeri Nasional Negara. Pameran ini merupakan kerjasama antara Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), Ray of Hope (ROH) dan Galeri Nasional. BERITA HARIAN (BH) bertemu tiga penerima bantuan yang telah menyumbang karya seramik mereka untuk pameran ini.
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



DISEBABKAN sikap ayah yang sukar menukar haluan hidup - sering keluar masuk pusat pemulihan penagihan dadah dan penjara - pasangan adik beradik, Faris dan Farah (bukan nama sebenar) terpaksa belajar hidup berdikari dalam keluarga ibu tunggal.



Tekad untuk teruskan kehidupan dengan sebaik mungkin, mereka enggan melihat nasib yang menimpa keluarga sebagai satu halangan.



Bahkan pada usia yang muda, Faris, kadangkala perlu memikul tanggungjawab sebagai 'role model' dan 'bapa' kepada adiknya, Farah.



"Sepanjang kehidupan saya, saya hanya dapat merasakan hidup bersama ayah selama empat tahun.



Kini usia saya sudahpun 15 tahun, jadi ayah telah keluar masuk pusat pemulihan dan penjara selama 11 tahun.



"Kami sudah biasa dengan kehidupan tanpa seorang ayah," kata anak kedua dalam kalangan tiga beradik itu.



Menurutnya lagi, kedua ibu bapa mereka sudah berpisah dan ibunya kini menguruskan gerai makan di sebuah sekolah rendah bagi menampung perbelanjaan keluarga.



Kedua-dua adik beradik ini merupakan antara penerima bantuan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF).



Baru-baru ini, karya seni seramik yang mereka hasilkan telah dipilih untuk dipamerkan di pameran 'Rindu' yang merupakan sebahagian daripada kerjasama antara Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), Ray of Hope (ROH) dan Galeri Nasional Singapura.



Menarik tentang karya mereka adalah kedua-dua seramik itu hampir kelihatan serupa dan Faris berseloroh bahawa adiknya yang berusia 11 tahun itu suka meniru apa yang dia lakukan.



Jelas di situ dapat dilihat keakraban dua beradik ini.



Menerangkan tentang rekaan cawan seramiknya, Faris berkongsi bahawa dia cuba memberi analogi kehidupan dari sudut pandangannya



Dia berkata:



"Ketika kami mereka bentuk seramik ini, saya telah meletakkan bintik 'polka dot' kerana ia adalah analogi yang bagus untuk melihat gambaran yang lebih besar.



"Apabila anda cuba 'zoom in' ke setiap titik secara sendirinya, anda akan melihat corak, tetapi jika anda 'zoom out' anda akan melihat bahawa tiada apa-apa di sana.



"Apa yang saya cuba nyatakan adalah jika anda melihat diri anda dengan lebih dekat, mungkin anda akan melihat semua perkara tentang diri anda, yang buruk atau baik. Tetapi jika anda melihat dari sudut gambaran yang lebih besar, perkara ini menjadi kecil.



"Jadi mudah untuk melihat diri anda sebagai mangsa, namun ia juga penting untuk melihat gambaran besar bahawa kadangkala anda bukanlah mangsa keadaan dan anda boleh mengharunginya."



Tahun hadapan, mereka masing-masing bakal menduduki peperiksaan peringkat nasional.



Faris akan mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' manakala Farah pula bakal menduduki peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Mereka telah menetapkan harapan agar dapat melangkah masuk ke sekolah atau institusi pengajian tinggi pilihan sendiri.



"Ibu kami benar-benar mahu melihat kami berjaya, jadi beliau menetapkan kepentingan dalam pembelajaran kami.



"Saya lebih bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran saya, setelah melihat apa yang keluarga kami terpaksa melalui," ujar Faris.




"Ketika kami mereka bentuk seramik ini, saya telah meletakkan bintik 'polka dot' kerana ia adalah analogi yang bagus untuk melihat gambaran yang lebih besar. Apabila anda cuba 'zoom in' ke setiap titik secara sendirinya, anda akan melihat corak, tetapi jika anda 'zoom out' anda akan melihat bahawa tiada apa-apa di sana. Apa yang saya cuba nyatakan adalah jika anda melihat diri anda dengan lebih dekat, mungkin anda akan melihat semua perkara tentang diri anda, yang buruk atau baik. Tetapi jika anda melihat dari sudut gambaran yang lebih besar, perkara ini menjadi kecil. Jadi mudah untuk melihat diri anda sebagai mangsa, namun ia juga penting untuk melihat gambaran besar bahawa kadangkala anda bukanlah mangsa keadaan dan anda boleh mengharunginya."
- Faris (bukan nama sebenar).




BUTIRAN DERMASISWA



Tarikh Permohonan: 20 hingga 31 Disember 2021



Syarat Permohonan:

– Anak penagih atau bekas penagih dadah atau pesalah yang sedang menjalani proses pemulihan

– Pelajar sepenuh masa

– Berkelakuan baik

– Pendapatan per kapita keluarga tidak lebih $375 sebulan



Nilai Dermasiswa

– Sekolah rendah: $120

– Sekolah menengah: $150

– ITE: $200

– Politeknik: $1,200

– Universiti: $2,000



Dapatkan borang di:

Pejabat utama Yayasan MENDAKI, 51 Kee Sun Avenue, Singapura 457056

– Pusat satelit Mendaki di serata negara

– Borang boleh dihantar ke pusat satelit ini atau emel kepada awards@mendaki.org.sg



Keterangan Lanjut

– Hubungi Yayasan Mendaki menerusi talian 6245-5555



Sumbang Derma

– Untuk memberi sumbangan derma kepada HGEF, imbas kod QR di bawah:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >