Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Karyawan cekalkan hati ubah kerjaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Karyawan cekalkan hati ubah kerjaya

Mar 04, 2020 | 05:30 AM

SEMASA Encik Noor Umaizy Mohamed Amin ingin menyertai industri teknologi selepas 10 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan, dua perkara membimbangkannya.

Beliau bimbang sama ada beliau mempunyai kemahiran yang diperlukan dan sama ada usianya akan dianggap majikan terlalu matang untuk menyertai sektor tersebut.

"Umur saya sudah hampir 40 tahun dan saya bimbang majikan hanya mencari pekerja lebih muda yang baru lulus daripada universiti, lebih-lebih lagi dalam sektor teknologi," ujarnya.

Namun dek terdorong keinginannya menceburi sektor yang kian berkembang dengan pelbagai peluang menarik itu, Encik Noor Umaizy, 39 tahun, mencekalkan hati 'kembali ke sekolah' untuk meraih kemahiran baru bagi mempersiap dirinya menyertai sektor tersebut.

Ini meskipun beliau terpaksa berhenti kerjanya sebelum ini sebagai pendidik bersekutu dan mengikuti kursus permukaan pengguna (UI)/pengalaman pengguna (UX) di General Assembly menerusi program Penempatan Pekerjaan Dalam Bidang Teknologi (TIPP) selama 10 minggu tanpa mendapat gaji.

Kos kursus itu mencecah $12,000 namun dengan subsidi, beliau hanya perlu membayar lebih $3,000.

Mujur, keluarganya tidak putus-putus memberi galakan, dengan isterinya turut membantu dengan bil yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh itu.

Oleh itu, beliau menyambut baik program baru yang dilancarkan pemerintah semalam, khusus untuk membantu warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas mendapatkan pekerjaan berkaitan teknologi sementara meningkatkan kemahiran atau meraih kemahiran baru, sama ada individu itu mempunyai latar belakang teknologi infokom (ICT) atau tidak.

"Semasa saya menyertai TIPP tahun lalu, saya seperti 'pakcik' dalam kelas saya, antara yang paling tua, dengan peserta paling muda berusia 23 tahun.

"Orang muda lebih kreatif dan saya dapat belajar banyak daripada mereka.

"Tapi saya rasa program baru ini akan menghapuskan stigma usia dan menggalak lebih ramai orang seperti saya, yang ingin menyertai sektor teknologi selepas sudah lama bekerja dalam bidang yang lain, merebut peluang dalam sektor yang menarik ini," ujar Encik Noor Umaizy yang kini berkhidmat sebagai pereka UI/UX di syarikat teknologi Onwards Media Group.

Beliau mendapat pekerjaan itu selepas selesai menjalani TIPP.

Tambahnya, program baru itu, yang dikenali sebagai program Peningkatan Kemahiran Pertengahan Kerjaya Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA), juga memberi jaminan pekerjaan kerana peserta mendapat pekerjaan dan dibayar gaji sambil menjalani latihan serta meraih kemahiran baru.

"Mungkin bagi sesetengah orang, langkah meninggalkan kerjaya yang sudah lama diceburi bagi sektor teknologi agak menakutkan.

"Tetapi sebenarnya saya mendapati ada banyak sokongan untuk membantu kami selain banyak peranan yang mereka boleh mainkan selagi ada sikap terbuka dan bersedia untuk terus meraih pengetahuan baru," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3