Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Karyawan didorong hasrat bantu tingkat sektor pendidikan awal kanak-kanak

Setempat
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2018

Karyawan didorong hasrat bantu tingkat sektor pendidikan awal kanak-kanak

Mar 09, 2018 | 05:30 AM

BERBEKAL hasrat membantu meningkatkan kehidupan masyarakat Melayu menerusi pendidikan, sekumpulan pendidik dan karyawan dari sektor pendidikan awal kanak-kanak, tahun lalu, bergabung tenaga bagi membangun rangkaian perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara karyawan sektor ini.

Dinamakan Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP), kumpulan yang kini dianggotai sekitar 30 pendidik dan karyawan sektor pendidikan awal kanak-kanak ini, kini memberi nasihat dan khidmat runding cara kepada Yayasan Mendaki, yang terus mempergiat usaha membantu sektor ini.

Salah seorang pengasas MAPP Cik Shaireen Selamat, berkata kumpulan itu bertujuan menjalin hubungan kerjasama dan perkongsian maklumat antara karyawan sektor ini, selain berperanan sebagai penasihat bagi projek tertentu.

"Jumlah pendidik dan karyawan Melayu/Islam dalam sektor ini adalah ramai, tetapi sebelum ini, kami tidak memiliki wadah yang sesuai bagi mendekati mereka untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

"Saya berharap MAPP boleh berperanan sebagai wadah sebegini, untuk membantu pertukaran minda dan perkongsian pengetahuan, bukan sahaja antara karyawan Melayu, malah bagi karyawan dari bangsa lain," ujar Cik Shaireen, seorang pensyarah pendidikan awal kanak-kanak yang pernah mengajar di Institut SEED, Politeknik Ngee Ann, Universiti SIM (UniSIM) dan Kolej SIT-Wheelock.

Menurut Cik Shaireen, idea membentuk MAPP berputik selepas beliau dan seorang lagi pensyarah pendidikan awal kanak-kanak, Cik Irma Iryanti Juri, menghadiri Simposium Pendidikan Mendaki yang diadakan buat julung-julung kali tahun lalu.

Justeru, Cik Shaireen dan Cik Irma memutuskan bergabung tenaga dengan dua lagi karyawan - Cik Suriati Abdolah dan Dr Noradlin Mohamed Yusof, seorang pakar psikologi dalam bidang klinikal dan pendidikan, yang masing-masing berusia 40-an tahun dan berpengalaman sekurang-kuranganya 20 tahun dalam sektor ini.

Bulan depan, MAPP akan bekerjasama dengan Mendaki yang menganjurkan PlayFest - pesta pendidikan bagi kanak-kanak prasekolah - yan diadakan sempena Simposium Pendidikan.

Menurut Cik Suriati, ada kajian yang menunjukkan usia awal kanak-kanak adalah tempoh penting dalam perjalanan pendidikan sepanjang hayatnya.

"Sebab itulah, kami berharap lebih ramai pengamal dan karyawan sektor ini akan bergabung tenaga dan berkongsi pengetahuan bagi memperkukuh sokongan untuk kanak-kanak kita di peringkat ini," ujar beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3