Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan jagaan kesihatan setempat diberi makluman mengenai risiko vaksin denggi Dengvaxia: HSA

Dec 06, 2017 | 07:16 PM



DOKTOR dan karyawan jagaan kesihatan setempat lain telah diberi makluman berkenaan vaksin denggi yang boleh membahayakan individu yang belum pernah dijangkiti virus itu.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (6 Disember) berkata bahawa semua karyawan jagaan kesihatan di sini telah diberitahu tentang maklumat terkini tentang vaksin Dengvaxia.

Selanjutnya, kata HSA, ia akan memperkukuh amaran dan cadangan bagi tujuan pemberian vaksin kepada pesakit, selain mengawasinya dengan teliti, bagi memastikan ia terus selamat dan berkesan.

Dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal Perancis Sanofi Pasteur, Dengvaxia didapati boleh menjejaskan kesihatan apabila digunakan oleh individu yang tidak pernah dijangkiti denggi.

Individu yang mendapatkan vaksin ini dan dijangkiti denggi boleh mengalami ‘lebih banyak kes penyakit teruk’, kata Sanofi, dalam pengumumannya awal bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >