Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan media presiden baru PPIS

Mantan pembaca berita Hazlina Abdul Halim teraju persatuan wanita itu setelah menyandang jawatan naib presiden sejak 2016
Dec 06, 2020 | 05:30 AM



KARYAWAN media Cik Hazlina Abdul Halim telah dipilih sebagai Presiden baru Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dalam Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-49 semalam.



Cik Hazlina, 35 tahun, yang telah memegang jawatan naib presiden PPIS sejak 2016, mengambil alih tempat Cik Rahayu Mohamad, 53 tahun, yang telah menerajui persatuan itu selama enam tahun, yang juga merupakan had perlembagaan itu.



"Saya amat terharu diberi peluang untuk menerajui PPIS, pertubuhan wanita perintis di Singapura.



"Legasi yang telah ditinggalkan Cik Rahayu selama enam tahun telah menetapkan tahap pencapaian tinggi bagi generasi pemimpin akan datang, termasuk diri saya, untuk terus berusaha.



"Saya amat menghargai sokongan dan bimbingannya," katanya yang sudah berumah tangga.



Cik Hazlina telah menghabiskan masa lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan dan media sebelum beralih ke perkhidmatan ehwal awam di mana beliau kini menasihati strategi mendekati media.



Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga PPIS selama lapan tahun dan empat tahun sebagai naib presiden.



Dalam mesyuarat agung yang telah dijalankan secara hibrid di mana sebilangan anggota menghadirkan diri secara fizikal di Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Timur) manakala yang lain menyertai secara dalam talian melalui Zoom, Lembaga Pemerintahan ke-25 PPIS juga telah dipilih.



Mantan setiausaha kehormat, Cik Suree Rohan, telah dilantik sebagai naib presiden baru.



Seramai lima anggota lembaga baru telah dilantik manakala sembilan yang lain dilantik semula untuk membentuk Lembaga Pemerintahan baru.



Mereka akan berkhidmat bagi penggal dua tahun akan datang bermula bulan ini hingga September 2022.



Antara anggota baru dilantik ialah usahawan dan pegawai pemasaran Cik Nur Khairah Abdul Rahim, yang telah dilantik sebagai penolong setiausaha kehormat; dan pengarah kewangan dan khidmat korporat Julia Gabriel Education Group, Cik Noraini Rizman Ali, pula akan menyandang jawatan penolong bendahari kehormat.



Tiga lagi anggota baru yang dilantik termasuk pensyarah kanan dan kriminologi Dr Razwana Begum Abdul Rahim; peguam Cik Hawa Zinat Jailani; dan penerbit dan pengasas bersama Ungu Pen, Cik Maria Mahat.



Mengulas, Cik Hazlina berkata: "Lembaga Pemerintahan PPIS yang ke-25 mempunyai imbangan pengalaman yang baik dan perspektif segar.



"Gabungan pengetahuan dan pengalaman pemimpin masyarakat perintis serta kepakaran bakat baru daripada pelbagai industri merupakan imbangan yang baik bagi PPIS sedang kita memandang ke hadapan bagi ulang tahun kami ke-70 pada 2022."



"Saya yakin lembaga baru akan terus membangunkan kerja baik yang telah dilakukan pemimpin sebelumnya dalam mencapai objektif bersama dalam mempertingkat masyarakat sebagai #OnePPIS."



Dalam ucapannya terakhirnya sebagai Presiden PPIS, Cik Rahayu mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan anggota lembaga PPIS.



"Sepanjang tempoh ini, saya telah melihat PPIS melalui masa-masa sukar dan menduga serta meraih pencapaian dan sukses.



"Evolusi kami dan keupayaan menangani cabaran sepanjang beberapa tahun telah menunjukkan potensi kami untuk membawa masyarakat ke peringkat lebih tinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >