Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI 'BINCANG BH': PERBINCANGAN MEJA BUNDAR BERSAMA ENCIK SAKTIANDI SUPAAT

Karyawan perlu sedia dalami kemahiran baru agar kekal relevan

May 29, 2016 | 05:30 AM



GOLONGAN karyawan perlu sentiasa bersedia mendalami kemahiran baru agar kekal relevan dalam ekonomi yang pesat berubah, kata Encik Shamir Abdul Rahim.



Kemunculan teknologi disruptif, atau yang merubah gaya hidup dan seluruh industri, menjadikan beberapa perkara yang dipelajari di sekolah tidak relevan hari ini.



Apa yang diperlukan ialah kemahiran berbentuk 'T' yang mencakupi bidang yang luas, dan pada masa yang sama digandingkan dengan kemahiran mendalam dalam bidang khusus, kata usahawan itu.



Malah kini, dalam suasana teknologi kerap berubah, karyawan perlu bersedia mendalami kemahiran dalam beberapa bidang khusus.



"Pada 2003, saya belajar biologi molekul di universiti. Waktu itu, konsep pendidikannya guru mengajar dari 'A hingga Z'. Apabila saya lulus dan mula bekerja dalam penyelidikan sel induk, apa yang saya gunakan mungkin 'DEF' dan 'GHI' sahaja. Kini, dalam syarikat teknologi logistik, saya perlukan 'ABC' dan 'XYZ', misalnya.



"Dengan perubahan teknologi, belum sempat anda habis belajar 'A hingga Z', 'ABC' sudah tidak relevan lagi," ujar Encik Shamir, pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) VersaFleet, sebuah syarikat teknologi logistik.



Oleh itu, apa yang diperlukan adalah mempelajari satu bidang luas, tetapi pada masa yang sama, mendalami satu bidang khusus.



Apabila keadaan berubah, karyawan mungkin perlu mendalami bidang lain pula, ujarnya.



"Orang yang mengetahui satu perkara yang lebih mendalam lebih bernilai daripada orang yang tahu bidang luas tetapi pengetahuannya cetek sahaja," katanya.



Disebabkan teknologi yang amat disruptif dan berubahubah, seseorang yang mempunyai latihan formal tidak semestinya mempunyai kelebihan ke atas seseorang yang tidak mempunyai latihan formal.



"Oleh itu, apa yang penting adalah keupayaan belajar dan belajar semula," katanya.



Beliau menukil penulis Amerika Syarikat Eric Hoffer yang menyatakan: "In times of change, learners inherit the earth, while the learned find themselves beautifully equipped to deal with a world that no longer exists.".



Ia bermakna golongan yang sentiasa belajar akan dapat keuntungan dalam dunia yang berubah, tetapi golongan yang hanya berpuas hati dengan apa yang dipelajari akan kerugian jika ilmu mereka tidak lagi relevan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >