Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan tidak jadikan kesukaran melihat sebagai hambatan

Mar 12, 2020 | 05:30 AM



DIDIAGNOS mempunyai 'tunnel vision' pada usia sembilan tahun, Cik Nuraziana Mohamed Said hanya boleh melihat satu huruf pada satu-satu masa, menjadikan proses membaca baginya amat sukar dan memakan masa yang lama.



Namun, ini sedikit pun tidak menghambat keinginannya untuk menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada negara.



Kini bekerja di Unit Amal di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Nuraziana, 36 tahun, bertanggungjawab menjawab pertanyaan e-mel daripada badan amal, agensi pemerintah dan orang ramai.



Di samping itu, beliau juga menjalankan penyelidikan berkaitan sektor amal.



Tugas tersebut digalas sejak sekitar tiga tahun lalu.



Bagaimanapun, perjalanannya mendapatkan pekerjaan sebelum ini bukanlah tanpa cabaran, kongsinya ketika dihubungi semalam.



"Perjalanannya agak panjang untuk mendapatkan pekerjaan. Saya beruntung dapat pekerjaan di sini," katanya, yang mempunyai Diploma dalam Pengurusan Perniagaan daripada Politeknik Nanyang, serta Sarjana Muda dalam Bahasa dan Sastera Melayu daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Setelah menerima ijazah daripada SUSS pada 2016, Cik Nuraziana memohon untuk mendapatkan pekerjaan menerusi portal SG Enable, dan majikannya kini, iaitu MCCY, telah menawarkan peluang pekerjaan tersebut melalui portal pekerjaan Program Pintu Terbuka (ODP).



Sebagai sebahagian program tersebut, MCCY menerima bantuan pengambilan pekerjaan daripada SG Enable serta rakan kerja yang dilantiknya, untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan selesa bagi golongan kurang upaya seperti Cik Nuraziana.



Berkongsi pengalamannya, Cik Nuraziana, yang sudah berumah tangga, berkata sebelum memulakan tugas secara formal, MCCY telah mengadakan perbincangan dengannya untuk mengetahui apa yang patut dilakukan dan peralatan yang diperlukan untuk memudahkan tugasnya.



Mereka juga membincangkan tentang skop pekerjaan yang boleh beliau lakukan.



Hasil perbincangan tersebut, jabatan teknologi infokom (IT) MCCY telah memasangkan sofwe dan peralatan khas bagi golongan kurang daya penglihatan yang membantunya 'membaca' teks.



Rakan kerja Cik Nuraziana juga mengambil giliran untuk membawanya keluar ketika waktu makan tengah hari.



"Dari hari pertama saya bekerja, mereka sangat menerima kehadiran saya dan ingin tahu macam-macam perkara.



"Apabiila mereka ajak saya keluar makan, mereka akan terangkan apa yang sedang berlaku, dan banyak membantu," ujarnya, yang menggunakan tongkat putih.



Ketika dihubungi, penyelia Cik Nuraziana, Cik Joyce Lim, berkata mereka terharu dengan ketekunan dan daya tahan yang ditunjukkannya.



"Saya rasa tidak ada perbezaan asas antara beliau (Cik Nuraziana) dan yang lain. Bagi kami beliau seperti kami semua juga," kata beliau.



Justeru, Cik Nuraziana berharap lebih banyak majikan akan terbuka menerima pekerja kurang upaya sepertinya.



"Menyediakan peluang bagi kami menyumbang kembali kepada masyarakat dan membolehkan kami berdikari dari segi kewangan - peluang itu amat berharga bagi kami," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >