SEORANG lelaki Australia yang sepatutnya dibebaskan dari penjara dalam masa tiga hari kini harus menghabiskan masa yang lebih dalam penjara.
Semalam, Mahkamah Tinggi menambah dua bulan lagi kepada hukuman penjara yang dikenakan terhadap Jason Peter Darragh, 44 tahun, berikutan rayuan oleh pendakwa raya bagi hukuman lebih berat.