Katerer digantung lepas 30 tetamu majlis ulang tahun jatuh sakit, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Katerer digantung lepas 30 tetamu majlis ulang tahun jatuh sakit

Feb 19, 2016 | 09:13 AM

LEBIH 30 orang yang menghadiri sebuah majlis hari jadi Sabtu lalu (13 Feb) jatuh sakit selepas makan makanan yang disediakan, kata tuan rumah acara itu.

Katerer majlis tersebut telah digantung sementara Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) menyiasat kejadian itu.

Menurut akhbar China Lianhe Wanbao, dua daripada 33 orang itu terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mereka makan bufet yang disediakan Kuisine Catering itu.

Tuan rumah, seorang pemilik salon kuku yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Tan, berkata beliau mengadakan majlis itu di rumahnya di Pasir Ris untuk hari jadi ketujuh anaknya.

Seramai 34 orang menghadirinya, termasuk keluarganya seramai empat orang.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Masalah timbul selepas majlis tersebut.

"Suami saya mula muntah-muntah dan cirit-birit selepas 3 pagi, dan (ahli keluarga) saya juga mula mengalami simptom sama pada tengah hari esoknya," kata beliau.

Mereka menelefon tetamu majlis itu dan mendapati semua orang mempunyai simptom sama keracunan makanan, daripada yang berusia 85 tahun hingga seorang kanak-kanak tiga tahun.

Cik Tan, 48 tahun, berkata rakan dan saudara-mara beliau kemudian pergi ke hospital dan klinik untuk rawatan, dan doktor mengesahkan mereka mengalami keracunan makanan.

Beliau berkata suaminya dan teman lelaki anak perempuan mereka mengalami demam tinggi dan dimasukkan ke hospital dan diberi tetesan.

Makanan bagi 30 orang dipesan daripada Kuisine Catering dan kek hari jadi juga dihidangkan. Satu-satunya tetamu yang tidak jatuh sakit hanya makan kek itu dan tidak makanan lain, kata Cik Tan.

Jurucakap Kuisine Catering berkata syarikat itu telah kembalikan sepenuhnya bayaran makanan tersebut kepada Cik Tan.

Beliau berkata katerer itu memperoleh gred A daripada NEA bagi kebersihan keseluruhan "selama bertahun-tahun", dan makanan yang dihidangkan pada majlis itu "makanan bufet biasa".

Garis panduan NEA mewajibkan pengendali hidangan bufet dan makanan selesai menjalani latihan dan berdaftar dengan agensi itu.

Makanan dingin dan beku mesti disimpan pada suhu sesuai, dan katerer harus memasak dan menyediakan makanan sehampir mungkin masa penghantaran makanan.

Makanan yang dikater mesti ditanda dengan masa yang memapar masa terakhir untuk makan hidan gan itu tidak lewat dari empat jam selepas ia dimasak atau disiapkan untuk makan.

NEA, Kementerian Kesihatan dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) sedang menyiasat kes itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map