Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Katerer makanan Peranakan Chilli Api Catering digantung selepas 82 individu keracunan makanan

Mar 15, 2021 | 12:20 AM



SYARIKAT katering Chilli Api Catering telah digantung oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) menyusuli penularan kes keracunan makanan yang menjejas 82 orang dengan 14 daripadanya kini dirawat di hospital.



Dalam satu kenyataan pada Ahad malam (14 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) dan SFA melaporkan bahawa  82 orang yang terjejas itu melaporkan mereka menampakkan tanda penyakit radang perut dan usus (gastroenteritis) selepas makan sajian daripada Chilli Api Catering antara 10 Mac dengan 12 Mac.



Chilli Api Catering yang menyediakan makanan Peranakan halal mempunyai dapur pusat di 3015 Bedok North Street 5, Shimei East Kitchen.



Kenyataan bersama MOH dan SFA itu juga mengesahkan bahawa 14 individu yang dirawat di hospital itu kini berada dalam keadaan mantap.



Kesemua pengendali makanan yang bertugas di premis tersebut kini perlu menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Peringkat 1 di samping diuji negatif bagi patogen bawaan makanan sebelum mereka kembali bekerja sebagai pengendali makanan.



Pegawai kebersihan makanan yang ditugaskan di premis itu juga perlu menjalani semula dan lulus kursus Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Mengendalikan Audit Kebersihan Makanan dan Minuman sebelum kembali bertugas. 



Pemegang lesen khidmat katering ini juga perlu membersihkan dan mensanitasikan premis tersebut termasuk peralatan dan perkakas yang digunakan.



SFA juga mengingatkan operator makanan agar akur pada amalan makanan dan kebersihan peribadi yang baik setiap masa.



"SFA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran," jelas kenyataan itu.



Orang awam yang ketahui atau ternampak amalan kebersihan yang tidak dipatuhi di kedai makan dinasihatkan agar tidak melanggani tempat tersebut tetapi melaporkannya kepada SFA menerusi borang maklum balas di laman https://csp.sfa.gov.sg/feedback



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >