Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Setempat

Katering makanan di kuil Sikh digantung bagi mengurangkan penyebaran Covid-19, bacaan kitab akan ditayang secara langsung

Mar 16, 2020 | 07:52 PM

KATERING makanan akan digantung dan peralatan bagi tayangan program secara langsung akan dipasang di Kuil Central Sikh dan Kuil Sikh Silat Road bagi empat minggu akan datang sedang masyarakat Sikh menyahut seruan pemerintah agar berjaga-jaga dalam amalan keagamaan mereka di tengah-tengah penularan Covid-19 yang semakin teruk di serata dunia.

Walaupun majlis perkahwinan yang telah dirancang di kuil itu bagi tiga bulan akan datang boleh diteruskan, Lembaga Central Sikh Gurdwara berkata pada hari Isnin (16 Mac) bahawa langkah berjaga-jaga tambahan seperti pengambilan suhu akan dilaksanakan.

Warga Sikh tua juga akan dinasihatkan agar menjauhi kuil dan tempat sesak sehingga keadaan koronavirus itu bertambah baik, lapor The Straits Times.

Pengumuman terbaru itu dibuat selepas perhimpunan agama di Kuala Lumpur antara 27 Februari dengan 1 Mac - yang melibatkan lebih 10,000 orang Islam pelbagai kebangsaan - muncul sebagai kelompok koronavirus serantau, mendorong Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, untuk menggesa semua kumpulan agama di sini meningkatkan usaha demi melindungi anggotanya.