Kaum lain turut berbelanja, rasa bahang Tahun Baru Cina, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Kaum lain turut berbelanja, rasa bahang Tahun Baru Cina

Feb 04, 2019 | 05:30 AM

CUACA panas terik yang diselangi dengan hujan renyai buat seketika tidak sedikit pun mematahkan semangat pengunjung yang telah ke Chinatown semalam.

Berpusu-pusu mereka melalui deretan kedai yang masing-masing menawarkan keperluan Tahun Baru Cina.

Daripada makanan, hiasan, buah-buahan, tanglung, alas meja sehinggakan pakaian tradisional Cina, semuanya dijual pada harga berpatutan dan menarik.

Kunjungan Berita Harian ke kawasan tersebut semalam mendapati bukan sahaja kaum Cina yang sibuk membeli-belah, malah pengunjung asing daripada pelbagai negara turut ghairah merasakan 'bahang' Tahun Baru Cina.

Bahkan, ada juga pengunjung berbangsa Melayu yang telah ke sana.

Discover Malay Home Based Businesses

Bagi Cik Asmah Md Yassin, 56 tahun, semalam merupakan kali pertama beliau ke Chinatown semasa musim Tahun Baru Cina.

Suri rumah yang aktif melakukan kerja sukarela di kawasan Riverwalk itu berkata beliau rasa gembira dapat melihat sendiri cara orang Cina menyambut perayaan Tahun Baru mereka.

"Meriah rasanya, gembira dapat melihat bagaimana mereka sambut 'hari raya' apatah lagi saya tak pernah datang ke kawasan sini.

"Banyak benda yang mereka beli, lagipun ada pasar di sini dan juga persembahan, jadi ramai yang dah standby! Mereka betul-betul nak sambut Tahun Baru mereka," kata beliau.

Kawasan Chinatown juga dipenuhi hiasan sempena musim perayaan itu dengan 2,688 tanglung merah dan kuning dipasang sepanjang New Bridge Road, South Bridge Road dan Eu Tong Sen Street.

Selain itu, bagi menyambut Tahun Babi tahun ini, banyak tanglung dan hiasan berbentuk haiwan tersebut dapat dilihat di sekitar kawasan itu.

Hiasan-hiasan tersebut menjadi 'tarikan' pengunjung yang sanggup beratur untuk memetik gambar dan swafoto.

Juga dikenali sebagai Perayaan Musim Bunga, Tahun Baru Cina jatuh esok.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map