Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

Syarikat F&B jangka sekatan lebih ketat dengan banyak jangkitan

May 16, 2021 | 05:30 AM



SEJAK dua minggu lalu sebelum pengumuman kawalan Covid-19 yang diperketat dibuat, kumpulan makanan dan minuman (F&B) The Black Hole Group sudah melancarkan semula tempahan makanan menerusi platform Oddle, sesuatu yang dilakukan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu.



Apabila sekatan diumumkan Jumaat lalu, syarikat itu menganggap kawalan itu tidak terlalu sukar.



Ini kerana bukan sahaja mereka telah menjangkakan langkah sedemikian dilaksana, malah pengalaman daripada tempoh CB juga mempersiapkan mereka berdepan dengan situasi serupa.



Dihubungi, Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Encik Sufi Hassan berkata, melihat bilangan kes dalam masyarakat yang terus meningkat hari demi hari, beliau menjangkakan lambat-laun, langkah pengurusan selamat lebih tegas akan dikuat kuasa.



Bermula hari ini, orang ramai tidak lagi dibenarkan makan di luar selama sebulan bagi mengurangkan penularan koronavirus Covid-19 dalam masyarakat.



Oleh itu, The Black Hole Group melancarkan semula tempahan menerusi wadah Oddle "kerana terdapat kemungkinan tempoh seperti CB akan berlaku lagi".



Selain itu, syarikat tersebut juga sudah membuat penyesuaian dari segi operasi restoran, sama seperti perubahan yang dilakukan tahun lalu ketika tempoh CB.



Terdapat tujuh cawangan restoran di bawah naungan syarikat itu.



Antaranya, empat daripada tujuh restoran akan ditutup buat sementara dan operasi hanya akan diteruskan daripada tiga restoran lain yang dibuka.



Tiga cawangan yang dibuka itu pula akan menjadi "hab penghantaran", kata Encik Sufi.



Menjelaskan lanjut, beliau berkata, sebahagian kakitangan The Black Hole Group akan memainkan peranan yang berbeza daripada peranan biasa mereka.



Para pengurus kini perlu memainkan peranan seolah-olah di "pusat kawalan" kerana perlu menjawab panggilan dan menguruskan tempahan.



"Cara operasi juga kini sangat berbeza dan dalam masa sebegini, terpaksa ada latihan silang dan semua harus belajar sambil melakukan tugas," katanya.



Tukang masak di restoran-restoran di bawah naungan The Black Hole Group juga tahu cara masakan dan resipi di restoran lain di bawah syarikat itu, membolehkan mereka masak semua makanan yang ditempah.



"Kita semua harus bersedia menyesuaikan diri dan terbuka untuk belajar," ujar Encik Sufi.



Seorang lagi pemilik F&B yang dihubungi, Encik Muhammad Shah Indra Jasni berkata CB tahun lalu seolah-olah menyiapkan beliau mengharungi tempoh sebulan dari sekarang.



Pengarah Burgs by Project Warung Pte Ltd itu berkata sejurus pengumuman dibuat berkenaan langkah pengurusan selamat yang bakal diperketat Jumaat lalu, mereka segera berkumpul semula dan menyusun semula pendekatan perniagaan.



Malah, beliau juga menjangkakan terpaksa menundakan pembukaan cawangan barunya di Timbre+ di Ayer Rajah Crescent yang sepatutnya dibuka 1 Jun ini disebabkan pengumuman tersebut.



Kedua-dua Encik Indra dan Encik Sufi akur bantuan pemerintah semasa tempoh CB tahun lalu amat membantu perniagaan mereka, dan mengalu-alukan bantuan tambahan seperti yang diumumkan kelmarin.



Namun, mereka juga melahirkan harapan agar tuan tanah turut memahami dan bertolak ansur dalam tempoh sukar ini.




KAWALAN COVID-19 YANG DIPERKETAT 



INTERAKSI SOSIAL



- Had dua orang setiap kumpulan, dua pengunjung ke rumah setiap hari



- Dua perhimpunan sosial setiap hari, sama ada untuk kunjungi rumah atau tempat awam.



TEMPAT KERJA



- Pekerja perlu bekerja di rumah jika ia boleh dilakukan.



- Perhimpunan sosial di tempat kerja perlu dielakkan



MAKAN DI LUAR



- Tidak dibenar makan di luar



- Makanan perlu dibeli dan dibawa pulang atau guna khidmat penghantaran



PERKAHWINAN



- Majlis pernikahan: Had 100 orang dengan ujian praacara (PET), had 50 orang tanpa PET



- Jamuan perkahwinan perlu dihentikan



TEMPAT IBADAH



- Aktiviti di mana pelitup muka perlu ditanggalkan, menyanyi, penggunaan instrumen angin tidak dibenarkan.



- Sehingga 100 orang dengan PET, sehingga 50 orang tanpa PET



- Untuk percepat proses kenal pasti jangkitan, yang alami gejala masalah pernafasan akut perlu jalani ujian rapid antigen. Ia tambahan kepada ujian ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang lebih lambat dan tepat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >