Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawalan diperketat sempena musim perayaan, tahun baru

Dec 24, 2019 | 01:27 PM



SEMENTARA kawasan Marina Bay dan beberapa kawasan berdekatan ditutup bagi persediaan sambutan tahun baru, pegawai dari unit polis khas turut meningkatkan kawalan mereka di kawasan bandar.


Ini termasuk Pasukan Respons Kecemasan, yang dilatih dalam bidang keselamatan awam dan dalam menentang pengganasan, serta Unit Taktikal Polis dari Komand Operasi Khas, yang dilatih untuk menguruskan insiden yang menjejas kesejahteraan awam.


Pasukan khas tersebut bersama 700 pegawai dari divisyen polis Pusat dan Jurong, Polis Trafik, Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (Transcom) dan Polis Pengawal Pantai akan dikerah untuk berkhidmat di Marina Bay semasa Singapore Countdown 2020 Selasa depan untuk memastikan keselamatan masyarakat awam dan untuk mengawal orang ramai.


Pegawai-pegawai tersebut akan dibantu teknologi terbaru, menurut polis semalam dalam satu kenyataan berkaitan persediaan mereka bagi sambutan tahunan itu.


Polis akan mengerahkan versi terkini kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) serta Robot Berautonomi Semua Rupa Bumi Pelbagai Tujuan (M.A.T.A.R) 3.0.


Robot tersebut, seperti robot yang digunakan semasa Sidang Puncak Asean November tahun lalu di Suntec City, akan diletakkan di Jambatan Helix.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >