MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengalu-alukan langkah memperkukuh hubungan pertahanan antara Singapura dengan Australia menyusuli pengumuman pakatan bersejarah antara kededua negara semalam.
Menerusi Perjanjian Kerjasama Strategik Menyeluruh itu, kededua negara akan bekerjasama lebih rapat dalam bidang keselamatan, perdagangan, pendidikan serta seni dan budaya.