Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan lebih luas bagi penggiat ‘terbang’ pesawat

Jul 17, 2022 | 04:40 PM



SEBUAH kawasan khas bagi menerbangkan pesawat tanpa juruterbang telah disediakan di Takungan Air Pandan.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataannya semalam berkata kawasan tersebut menyediakan ruang masyarakat bagi para peminat pesawat tanpa juruterbang untuk berkumpul dan berinteraksi.



Ini sedang mereka menyelaras dan menyokong operasi pesawat tanpa juruterbang rekreasi secara selamat dan bertanggungjawab.



Kawasan Menerbangkan Pesawat Tanpa Juruterbang (UAFA) di Takungan Air Pandan itu dirasmikan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, pagi tadi (17 Julai).



UAFA menyediakan kawasan menerbangkan seluas 16 hektar di atas Takungan Air Pandan.



Ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja dan bangku agar para operator mempunyai tempat yang bersih dan selesa untuk duduk serta menyediakan pesawat tanpa juruterbang mereka.



Sebelum ini para operator duduk di kawasan berumput yang menyukarkan apabila kawasan itu basah.



Papan-papan tanda dengan maklumat mengenai peraturan pesawat tanpa juruterbang dan panduan operasi di situ telah disediakan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik para peminat mengenai menerbangkan dengan selamat, selain amalan baik untuk berkongsi ruang masyarakat dengan pengguna lain seperti mereka yang berlari anak dan berkanu.



Selain itu UAFA juga akan kerap menganjurkan program dan bengkel bagi mendekati orang ramai dan mendidik mereka yang berminat terhadap pesawat tanpa juruterbang mengenai amalan menerbangkan dengan selamat dan bertanggungjawab. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >