Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Kawasan rehat untuk pekerja penghantaran dan pemandu kereta privet di Punggul ditutup, elak disalahgunakan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kawasan rehat untuk pekerja penghantaran dan pemandu kereta privet di Punggul ditutup, elak disalahgunakan

May 30, 2021 | 08:35 PM

DUA kedai kopi di Punggol yang sekitar seminggu lalu diperuntuk sebagai kawasan rehat untuk pekerja penghantaran dan pemandu kereta privet akan berhenti menyediakan kemudahan itu agar ia tidak disalah gunakan.

Ini kerana kawasan itu boleh menjadi tempat perhimpunan orang ramai dan membawa risiko kepada masyarakat, kata Anggota Parlimen SMC Punggol West, Cik Sun Xueling dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (30 Mei). 

“Saya sendiri telah ke sana beberapa kali dan melihat beberapa pekerja umum berkumpul dan kami terpaksa memperbetul keadaan,” kata Cik Sun yang juga merupakan Menteri Negara Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Kawasan rehat di kedai kopi Blok 308C Punggol Walk dan Blok 269A Punggol Field telah ditubuhkan sekitar seminggu lalu.

Kawasan itu bertujuan menjadi tempat rehat dan makan bagi pekerja penghantaran dan pemandu kereta sewa.

Namun begitu, Cik Sun berkata pekerja itu masih boleh makan di tempat terbuka seperti kolong blok dan taman, dan beliau sendiri telah melihat mereka makan bersendirian di tempat seperti itu.

“Dan (tempat-tempat) itu selamat, mempunyai pengalihan udara yang baik, jauh dari orang ramai,” katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3