Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan West Coast lebih menghijau jelang 2030

Sekitar 40 kemudahan berasaskan alam semula jadi seperti kebun masyarakat serta taman terapi, sedang dirancang
Sep 05, 2021 | 05:30 AM



KAWASAN West Coast yang kini menempatkan banyak bangunan perindustrian akan dihiasi dengan kehijauan menjelang 2030.



Sekitar 40 kemudahan berasaskan alam semula jadi seperti kebun masyarakat serta taman terapi, sedang dirancangkan untuk kawasan tersebut.



Selain itu, dua taman permainan inklusif bertema alam semula jadi untuk kanak-kanak juga mungkin dibina di Taman West Coast dan Telok Blangah Hill.



Selain itu, sebanyak 150,000 pokok akan ditanam di sekitar kawasan perindustrian di situ agar dapat membantu mengurangkan cuaca panas sekali gus membuat kawasan itu lebih selesa untuk pekerja.



Ini merupakan antara rancangan penghijauan bagi kawasan West Coast yang diumumkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) semasa acara perasmian bahagian pertama Taman Pasir Panjang semalam.



Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, merasmikan pembukaan taman sepanjang 450 meter itu bersama Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast lain termasuk Menteri Pengangkutan S Iswaran, Encik Ang Wei Neng, Cik Foo Mee Har dan Cik Rachel Ong.



Perancangan bagi Taman Pasir Panjang pertama kali diumumkan pada Januari tahun lalu.



Bahagian pertama yang dibuka itu menghubungkan stesen MRT Pasir Panjang ke kawasan perumahan Jalan Pelepah. Taman itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.



"Daya usaha ini…merupakan satu usaha penting dalam pembentukan semula Singapura menjadi sebuah Bandar dalam Alam Semua Jadi," kata Encik Lee sewaktu sidang media yang diadakan secara maya semalam.



"Dengan meningkatkan kehijauan di kawasan perumahan dan perindustrian, kami ingin mengurangkan kesan perubahan iklim dan pembandaran selain menyediakan warga Singapura dengan persekitaran kehidupan yang lebih baik serta memanfaatkan alam semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka."



Di bawah rancangan penghijauan untuk kawasan itu, NParks berkata pihaknya juga akan menanam lebih banyak pokok di sekitar stesen MRT di sepanjang Laluan Daerah Jurong (JRL), yang dijangka siap pada 2029.



NParks juga sedang dalam perancangan untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi seperti Persatuan Rakyat untuk mewujudkan 30 ruang berkebun baru di West Coast menjelang 2030.



Dalam pada itu, NParks telah mengenal pasti 24 kemudahan penjagaan masyarakat, seperti untuk warga emas, sebagai kawasan di mana taman terapi dapat dibina.



Ia juga berkata 14 kawasan yang terletak jauh dari kawasan kediaman dan berhampiran dengan lokasi yang hijau, telah dikenal pasti untuk menjadikannya kawasan di mana tanaman liar dapat mekar.



Rumput liar asli juga akan diperkenalkan di kawasan itu untuk membantu menjadikan habitat tersebut lebih sesuai untuk hidupan liar Singpura.



"Kami berharap dapat bekerjasama dengan keluarga dan masyarakat di West Coast untuk membentuk rancangan ini dan menjadikannya satu kenyataan," kata Encik Lee.



"Dengan cara ini, kami mahu mewujudkan ruang hijau yang lebih inklusif untuk dinikmati oleh semua warga Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >