Beberapa pelajar Melayu dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik telah dianugerahkan pingat emas di Pertandingan Kemahiran Sedunia Singapura yang diadakan baru-baru ini. Atas pencapaian tersebut, mereka dipilih mewakili Singapura ke pertandingan serantau dan antarabangsa. Laporan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg).
DAHULU Encik Zafhir Nordin bertanggapan bahawa beliau tidak mampu melakar kerjaya menerusi bidang seni dan reka bentuk walaupun mempuyai minat mendalam terhadap bidang tersebut.