Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Keadaan buruk' di kemudahan jagaan masyarakat AMK: Banyak isu sudah dihurai

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



SEBILANGAN besar isu yang timbul ekoran keadaan buruk di Kemudahan Penjagaan Masyarakat (CCF) Ang Mo Kio telah diselesaikan beberapa minggu sebelum sebuah pos di Facebook yang menunjukkan "keadaan buruk" di sana menjadi viral, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Dalam responsnya kepada akhbar The Straits Times kelmarin, kededua kementerian itu berkata "kesejahteraan pekerja migran penting bagi kami" dan pihak kementerian juga telah memeriksa kemudahan bagi pesakit yang dalam proses pemulihan di bekas Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Ang Mo Kio, baru-baru ini.



Menurut MOM dan MOH, bilik-bilik itu mempunyai keperluan asas dan secara am bersih ketika diperiksa.



"MOH akan terus bekerjasama dengan ejen pengurusan supaya dapat terus memperbaiki keadaan hidup di kemudahan itu," kata kededua kementerian dalam satu kenyataan bersama.



Ini termasuk menyediakan lebih kemudahan dan memperbaiki komunikasi bersama penghuni.



Sabtu lalu, seorang pengguna Facebook bernama "Min Chan" telah menulis bahawa kawannya - seorang pemegang permit kerja dan berada di sini lebih lapan tahun telah diuji positif Covid-19.



Temannya itu menunjukkan gejala tidak serius dan diperintahkan menjalani kuarantin di kemudahan tersebut.



Memberikan gambaran keadaan di kemudahan itu, beliau berkata:



"Biliknya gelap dan hanya terang dengan sedikit pancaran matahari yang dapat masuk. Tilam tipis dan tidak ada selimut. Tidak ada kerusi, meja atau lampu peribadi yang disediakan.



"Makanan bungkus juga dihantar dingin di bilik dan dibiarkan di lantai apabila waktu makan.



"Gambar dan video yang saya terima amat memeranjatkan," katanya.



Beliau turut menambah terdapat rambut daripada penghuni sebelum itu di katil rakannya selain terdapat banyak sampah yang merata.



Ketiadaan pintu juga bermakna bilik dan penghuni di kemudahan itu akan ditimpa hujan ketika cuaca buruk, katanya.



Pihak kementerian mengatakan pasukan operasi sedang meninjau beberapa masalah yang diketengahkan dalam catatan Facebook itu dan akan mengambil langkah segera bagi mengatasinya. Antaranya termasuk memperbaiki prasarana bangunan supaya penghuni tidak terjejas ketika hujan ribut.



Kementerian itu berkata tilam dan kawasan sekitar dibersih dan dinyah jangkit sepenuhnya setelah setiap pesakit dibenarkan pulang.



Mengenai masalah makanan sejuk, makanan diagihkan secara berpusat supaya makanan masih panas.



Mereka menambah bahawa setiap blok kini dilengkapi dengan lapan mesin basuh untuk memudahkan keperluan mencuci.



Talian rawatan juga disediakan untuk pesakit yang memerlukan bantuan kesihatan mental.



"Kami akan melakukan pemeriksaan di CCF lain bagi memastikan tahap ini dipatuhi. Kami juga akan menggalakkan penghuni memberi maklum balas menerusi saluran yang ada misalnya melalui ejen pengurusan, CCF atau aplikasi FWMOMCare (aplikasi bagi memantau kesihatan pekerja migran), agar kita dapat memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik," kata kededua kementerian.



Menyusuli tindak balas kementerian, pengguna Facebook menulis dalam catatan Facebook semalam bahawa "daripada kenalan di dalam, nampaknya keadaan masih belum berubah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >