Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Keadaan Covid-19 yang berubah: MHPA giat bantu tingkat kesedaran masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keadaan Covid-19 yang berubah: MHPA giat bantu tingkat kesedaran masyarakat

Oct 27, 2021 | 05:30 AM

PARA doktor dan penjaga kesihatan dari Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) kini giat membantu mempertingkatkan kesedaran masyarakat Melayu terhadap keadaan semasa Covid-19.

Naib Presiden MHPA, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan berkata sedang sekatan Covid-19 sekarang ini dilanjutkan lagi untuk sebulan, MHPA turut membantu masyarakat Melayu/Islam mengharungi situasi Covid-19 yang pantas berubah-ubah.

"Kami memainkan peranan penting dalam keadaan sekarang, melihat kes-kes yang terus meningkat setiap hari," ujar Dr Nurhidayati.

Menurutnya pelbagai cara terbaik dari segi praktikal, kerohanian dan perubatan bakal dilakar dalam membantu masyarakat Melayu/Islam ini.

Antara lain, MHPA akan menganjurkan webinar pada bulan depan.

Webinar ini akan menyentuh mengenai kesan Covid-19 di kalangan kanak-kanak.

Ia juga akan menyentuh bagaimana menjaga kesihatan jasmani, gangguan emosi dan kesihatan mental dan bagaimana kita boleh mengurangkan tekanan yang dirasai ramai kerana Covid-19.

Anggota MHPA, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata antara lain forum ini ingin menyingkap pengajaran yang boleh dijadikan pedoman untuk membina masyarakat yang berdaya tahan tinggi di masa hadapan.

Ini kerana pandemik Covid bukanlah krisis kesihatan yang terakhir, ujar Dr Elly.

Dalam forum itu nanti, Dr Elly berkata beliau akan memberi perincian bagaimana memerangi pandemik yang memerlukan kerjasama dan usaha pada peringkat individu, komuniti dan negara bak pepatah "Bersatu teguh, bercerai roboh."

Usaha MHPA antara lain katanya menyediakan program kesihatan awam, kegiatan akar umbi, ceramah, perbincangan panel, mendekati media dalam menjelaskan tentang Langkah Pengurusan Selamat (SMM) serta protokol Covid-19.

Dr Nurhidayati berkata:

"Ini merupakan sebahagian dari usaha MHPA untuk menolong menyebarkan kesedaran mengenai isu-isu yang menyentuh masyarakat kita."

Langkah itu juga bersesuaian dengan seruan yang dibuat oleh Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad kepada karyawan penjagaan kesihatan dalam sesi dialog anjuran Berita Harian baru-baru ini.

Encik Masagos dalam perbincangan dalam satu sesi dialog dalam talian bersama 11 karyawan penjagaan kesihatan itu turut meminta kerjasama serta sokongan daripada MHPA untuk bersama-sama memberi penjelasan serta pendidikan kepada masyarakat tentang cabaran memasuki norma baru ini.

Dr Nurhidayati berkata MHPA sentiasa menyambut baik usaha untuk memperkasa masyarakat Melayu terhadap langkah-langkah pencegahan yang diambil sekarang serta langkah-langkah lain pada masa akan datang sekiranya timbul keperluan itu.

"Melalui webinar itu nanti, kita juga akan dapat mendengar dari pesakit Covid-19 sendiri berkongsi pengalaman serta asatizah yang banyak pengalaman menyentuh aspek keagamaan.

"Selain itu, para doktor secara berasingan telah dan akan menyebarkan mesej di klinik-klinik masing-masing akan kepentingan vaksinasi, memakai pelitup, jaga jarak selamat dan bersenam untuk menjaga kesihatan diri."

Menurut beliau lagi, perkongsian ini juga akan dimuat naik di media sosial.

"MHPA berharap untuk terus menganjurkan pelbagai program pada tahun hadapan dan cuba menyentuh isu-isu yang mungkin lebih sering dihadapi dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

"Usaha-usaha ini dilakar bagi mengukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu."

Dr Nurhidayati berkata MHPA akan terus mengatur beberapa program agar masyarakat Melayu lebih memahami dengan lebih mendalam isu-isu terkini berkaitan Covid-19.

Usaha itu katanya penting untuk memastikan masyarakat Islam setempat dapat meneruskan kehidupan bersama Covid-19 sedang mereka mengambil langkah-langkah pencegahan yang secukupnya untuk melindungi diri mereka.

MHPA katanya komited untuk orang-orang tersayang dan masyarakat umum daripada dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

"Kami para doktor dan pekerja kesihatan harus bersedia dengan rancangan baru sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.

"Oleh itu, MHPA perlu bekerja rapat dan bersama demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat kita dan Singapura.

"Sewaktu masa-masa sukar ini MHPA perlu bekerja ke arah mencapai matlamat bersama dan apa yang terbaik untuk masyarakat kita," ujar Dr Nurhidayati.


"Melalui webinar (dianjur bulan depan) itu nanti, kita juga akan dapat mendengar dari pesakit Covid-19 sendiri berkongsi pengalaman serta asatizah yang banyak pengalaman menyentuh aspek keagamaan. Selain itu, para doktor secara berasingan telah dan akan menyebarkan mesej di klinik-klinik masing-masing akan kepentingan vaksinasi, memakai pelitup, jaga jarak selamat dan bersenam untuk menjaga kesihatan diri."
- Naib Presiden MHPA, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan.

"Webinar ini ingin menyingkap pengajaran yang boleh dijadikan pedoman untuk membina masyarakat yang berdaya tahan tinggi di masa hadapan. Ini kerana pandemik Covid bukanlah krisis kesihatan yang terakhir."
- Anggota MHPA, Dr Elly Sabrina Ismail.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3