Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keadaan lebih sukar bagi yang baru masuk pasaran pekerjaaan

Nov 02, 2015 | 09:37 AM



GOLONGAN yang baru memasuki pasaran pekerjaan di Singapura kini menghadapi keadaan sukar, dengan kadar pengangguran bertambah bagi pekerja lebih muda.


Kadar pengangguran bagi golongan umur bawah 30 tahun meningkat kepada 4.3 peratus pada September tahun lalu, daripada 3.9 peratus setahun sebelum itu, menurut data daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).


Sebaliknya, kadar pengangguran bagi semua peringkat umur meningkat sedikit sahaja, daripada 2.2 peratus kepada 2.3 peratus dalam tempoh sama.


Antara sebab pengangguran golongan muda meningkat ialah kelembapan ekonomi, yang membuat majikan lebih teragak-agak untuk menggajikan pekerja.


Daripada 665 majikan yang dikaji selidik oleh firma perekrut ManpowerGroup September lalu, hanya 16 peratus meramal peningkatan dalam jumlah kakitangan dalam tempoh Oktober hingga Disember, lebih rendah daripada 19 peratus pada tempoh sama tahun lepas.


"Sejak awal tahun ini, syarikat berhati-hati mengenai menggajikan pekerja kerana kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi di China," kata Cik Linda Teo, pengurus negara ManpowerGroup Singapura, lapor akhbar The Straits Times.


Anggaran awal daripada MOM juga menunjukkan pengangguran bagi warga Singapura meningkat kepada 3.1 peratus pada September.


Hanya minggu lepas, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memberi penilaian muram mengenai prospek jangka pendek ekonomi.


Ia mengatakan ekonomi negara ini sedang menghadapi ketidaktentuan pada jangka pendek kerana prospek bagi rakan dagangan utama Singapura masih suram.


Prospek guna tenaga lebih lemah mendorong beberapa pencari kerja muda 'menggilap' kurikulum vitae mereka dengan kelayakan tambahan.


Akhbar itu memberi contoh tentang Encik Tseng Shih Ying, 24 tahun, lulusan kewangan kuantitatif dari Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berharap dapat menunjukkan bakal majikan lebih daripada sekadar ijazahnya itu.


Beliau merancang mendapatkan kelulusan peringkat satu Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA).


Presiden Persatuan CFA Singapura, Cik Jan Richards, berkata terdapat "peningkatan ketara" dalam kemasukan pelajar bagi peperiksaan peringkat satu.


Tahun ini, 31 peratus daripada calon peringkat satu adalah pelajar, bertambah daripada 24.5 peratus pada tahun lepas, katanya.


Namun, kira-kira sembilan daripada 10 siswazah baru mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas lulus tahun lalu, menurut kajian Kementerian Pendidikan (MOE).


Bagaimanapun, beberapa siswzah mendapat pekerjaan setelah mengurangkan jangkaan mereka, dengan menerima syarikat dan pekerjaan di luar pilihan pertama mereka, menurut para pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >