Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keamanan negara tanggungjawab SAF dan warga Singapura: Presiden

Mar 03, 2016 | 11:41 AM



KEAMANAN dan keselamatan yang Singapura nikmati sejak merdeka tidak boleh diambil mudah sebagai "satu perkara semula jadi" dan warga negara ini perlu bekerja keras untuk mengekalkannya, kata Presiden Tony Tan Keng Yam pada Rabu (2 Mac).

Selepas melawat frigat dan kapal selam selinap Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Dr Tony Tan menekankan kepentingan mempunyai SAF yang kuat dan berupaya dan menggesa rakyat Singapura supaya jangan mudah berpuas hati.

"Kita telah mencapai banyak dengan frigat dan kapal selam ini... tetapi Angkatan Bersenjata Singapura sentiasa harus melangkah lapangan baru dengan keupayaan baru."

Berhadapan dengan ancaman baru, termasuk kumpulan militan seperti Jemaah Islamiyah dan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), SAF perlu membangunkan keupayaan bagi membolehkannya menjalankan operasi ketenteraan, dan misi bukan konvensional seperti misi bantuan kemanusiaan dan bencana, ujar beliau.

Lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Changi ialah yang pertama bagi Presiden Tony Tan sejak dipilih pada 2011. Turut hadir ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Panglima Angkatan Tentera, Mejar-Jeneral Perry Lim; dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Lai Chung Han.

Dalam lawatan itu, Dr Tony Tan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini frigat itu dan helikopternya.

Presiden Tony Tan, yang menjadi Menteri Pertahanan antara 1995 dan 2003, memulakan program frigat dan kapal selam RSN.

Menyatakan bahawa Singapura berada "pada asas lebih baik sekarang", Dr Tony Tan berkata beliau yakin negara "dalam tangan yang baik".

Bagaimanapun, mempertahan Singapura bukan tanggungjawab SAF atau RSN sahaja, kata beliau.

"Mereka mata bilah. Pertahanan Singapura bergantung pada semua rakyat Singapura, kita semua perlu memainkan peranan dalam memastikan Singapura selamat dan terjamin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >