SINGAPURA akan terus meningkatkan kemahiran pekerjanya sambil mewujudkan pekerjaan lebih baik kerana inilah satu-satunya cara memastikan gaji pekerja setempat dapat meningkat secara berkekalan.
Membentangkan strategi utama pemerintah itu dalam amanat Hari Buruhnya, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata sejajar dengan teras tersebut, pemerintah membuat pelaburan besar dalam Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) dan memperkenal insentif murah hati dalam belanjawan tahun ini bagi membantu majikan mempertingkat daya penghasilan serta menarik pelaburan bermutu tinggi ke negara ini.