Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran dalam flat: Nenek ceritakan detik cemas

Jun 09, 2017 | 05:30 AM



BELIAU baru sahaja habis memasak mi goreng sebagai persiapan berbuka puasa apabila Cik Saurah Yaacob, tiba-tiba terdengar cucunya terjerit "api, api" di dalam bilik.



Tanpa berlengah, nenek 67 tahun ini terus mencapai penyapu lidi dan baldi berisi air untuk cuba memadamkan api.



Meskipun api itu terpadam, rupanya tanpa disangka, ada lagi api yang telah pun merebak di bahagian bawah katil.



"Anak saya kemudian memberi saya selimut yang telah direndam dengan air untuk dicampakkan di bawah katil.



"Tetapi api itu mula merebak ke bahagian belakang katil dan sukar untuk mencapai ke bahagian hujung.



"Pada ketika ini, asap hitam sudah mula menebal dan menyelebungi seluruh rumah.



"Jiran sebelah semua sudah menjerit agar kami sekeluarga keluar dari rumah," kongsinya.



Menceritakan kepada Berita Harian (BH), Cik Saurah - ibu empat anak dan lapan cucu - berkata kebakaran yang berlaku sekitar 3 petang Ahad lalu itu kemungkinan disebabkan litar pintas yang berlaku semasa tablet sedang dicas.



Menurut anaknya, Cik Lina Mohamad, 44 tahun, tiada petanda langsung sebelum kebakaran berlaku



"Tiada bau dan tiada asap.



"Malah dua anak saudara saya yang masih kecil berada di dalam bilik itu dan hanya terbau rasa hangit apabila ditegur seorang lagi anak saudara saya.



"Pada masa itulah, baru mereka ternampak ada api di hujung katil, tempat di mana tablet itu dicas," katanya.



Api yang merebak dengan begitu pantas telah menyebabkan batang paip air pecah, katil terbakar, almari rosak, dan dinding rumah yang diselaputi jelaga dan abu.



Meskipun demikian, Cik Lina, ibu tunggal seorang anak perempuan, amat bersyukur dan berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat (C2E).



Malah, apabila BH melawat rumah Cik Lina di Woodlands Street 13 itu, beberapa sukarelawan C2E yang diketuai pengerusi Encik Malik Maksudi, sedang membantu keluarga Cik Lina mengemas dan membungkus barang.



"Sebelum ini kami telah mendapatkan bantuan majlis bandaran untuk membantu membuang katil dan beberapa peralatan lain yang hangus.



"Kami akan membantu seberapa yang boleh," ujar Encik Malik.



Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, juga sempat mengunjungi rumah Cik Lina beberapa hari lalu bagi melihat kerosakan yang menimpa rumah tersebut.



Dalam satu e-mel yang dihantar ke BH, Cik Halimah yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, berkata Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling akan menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Cik Lina bagi membantu dengan kerja pembaikan.



"Memang agak malang kejadian ini berlaku semasa bulan Ramadan tetapi saya amat berharap flat ini akan siap menjelang Raya," ujarnya dalam e-mel tersebut.



Buat masa ini, keluarga Cik Lina akan menginap di rumah adik perempuannya di Woodlands manakala beberapa barang seperti periuk belanga akan diletakkan di rumah adik lelakinya yang menginap di Johor Bahru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >