Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran dalam lif: Jiran dengar letupan, jeritan

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SANGAT menyedihkan, kehilangan seorang teman yang sentiasa positif dan ingin menyumbang untuk mencari rezeki keluarga, kata seorang jiran seusia mangsa yang terkorban dalam satu kebakaran alat mobiliti peribadi (PMD) di lif sebuah blok HDB di Woodlands kelmarin malam.



Encik Aiman Hazim, 20 tahun, berkata mangsa itu dikenali sebagai seorang yang sentiasa bersikap positif dan giat berusaha mencari rezeki buat keluarganya.



Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) jurusan kejuruteraan mekanikal itu tinggal satu tingkat di atas rumah keluarga mangsa di Blok 537, Woodlands Drive 16.



Difahamkan bahawa mangsa sedang menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan selepas bekerja syif penghantaran makanan apabila kebakaran itu berlaku.



Ketika dikunjungi Berita Harian, ayah mangsa tidak ingin mengulas dan hanya berkata: "Saya tidak berupaya berkata apa-apa dan saya sedang berada dalam keadaan yang amat tertekan sekarang."



Encik Aiman, yang tinggal di tingkat 10 blok itu memberitahu BH mangsa daripada keluarga dua anak dan tinggal bersama neneknya.



"Saya tak boleh menahan air mata saya sebab dia kawan baik saya sejak sekolah rendah," katanya, yang mengenali mangsa sejak mereka belajar Sekolah Rendah Woodgrove sekitar 10 tahun lalu.



Kali terakhir mereka bertemu ialah awal tahun ini apabila mangsa baru pulang daripada bekerja bersama PMD itu.



"Saya pernah menasihatinya, 'eh kau tak risau ke gunakan PMD?'. Dia pula cakap dia sedar tentang risikonya dan akan berjaga-jaga semasa bekerja," ujar Encik Aiman.



Dalam satu pengumumannya kelmarin malam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan kebakaran itu berlaku dalam lif pada 11.25 malam.



Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada sumber elektrik sebuah PMD, kata SCDF.



Seramai 90 penduduk blok itu dipindahkan oleh polis dan seorang pula dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat kerana mengalami kelecuran teruk.



Pagi semalam, polis menyatakan bahawa seorang lelaki, berusia 20 tahun, dalam keadaan sedar apabila dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.



Siasatan awal polis mendapati tiada perbuatan nakal berlaku. Polis masih meneruskan siasatan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa.



Ibu Encik Aiman, Cik Hamidah Sari, 45 tahun, berkata beliau terdengar satu letupan sekitar 11.30 malam kelmarin.



Kemudian asap hitam mula naik ke atas hingga "kami tidak boleh melihat apa-apa".



"Kami baru nak siap-siap untuk tidur tetiba ada letupan dan lepas itu dekat lobi pula asap dah naik sampai tingkat atas.



"Suami saya berada di bawah semasa kejadian itu, jadi dia suruh saya tutup pintu dan jangan keluar," kata suri rumah itu ketika ditemui semalam.



Apabila wartawan mengunjungi blok berkenaan, bekas kebakaran dapat dilihat di sekeliling lobi lif tingkat dua.



Pintu Lif A di lobi tingkat tersebut juga kelihatan rosak.



Empat pekerja kelihatan sedang memperbaiki lampu di lobi itu sekitar dua hingga empat petang semalam.



Jubin tembok di situ pula terkopak.



Seorang penduduk wanita berusia 30-an tahun, yang tidak ingin mengatakan namanya, juga berkata beliau terdengar letupan dan kemudian ada seorang menjerit pada sekitar 11 setengah malam kelmarin.



Tinjauan BH semalam mendapati lif itu mengambil masa lebih kurang empat saat untuk tiba di tingkat dua dari tingkat satu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >