SATU kebakaran berlaku di sebuah unit di Blk 557 Bedok North Street 3 pada Sabtu pagi (24 Apr) dan siasatan awal menunjukkan ia disebabkan oleh basikal yang menggunakan kuasa (PAB) yang sedang dicas.
Dua orang diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di unit yang terjejas sedang mereka terperangkap di belebas di luar dapur dan kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Kira-kira 45 penduduk di blok yang terjejas juga dipindahkan, kata SCDF, yang sedang melakukan siasatan lanjut mengenai kebakaran itu.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Kebakaran di Bedok North: E-basikal yang sedang dicas mungkin jadi punca
Apr 24, 2021 | 02:10 PM