Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Bedok: Penyelamat cilik antara 6 individu diiktiraf SCDF

May 23, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menyampaikan Anugerah Penyelamat Masyarakat kepada enam individu yang telah tampil menghulurkan bantuan dalam kebakaran di Blok 409 Bedok North Avenue 2 baru-baru ini.



Mereka disampaikan anugerah itu oleh Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, yang juga Anggota Parlimen kawasan undi itu di Heartbeat@Bedok semalam.



Dalam kebakaran yang berlaku sekitar 6.35 pagi pada 13 Mei itu, tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, terkorban.



Sementara itu, ibu kanak-kanak itu masih dirawat di hospital.



Antara mereka yang menerima anugerah oleh SCDF itu termasuk Cheng Ping Peng, 14 tahun, dan adiknya Cheng Ping Chen, 13 tahun.



Semasa kejadian itu, Ping Peng dan ibu bapanya menyedari bahawa unit di bawah flat keluarganya terbakar apabila melihat asap tebal di depan flat mereka di tingkat lima blok itu dan terhidu sesuatu yang terbakar.



Dia kemudian bergegas pergi dari rumah ke rumah untuk menyuruh jirannya keluar.



Walaupun dia sedar akan risiko menghidu asap, pelajar menengah tiga itu hanya mahu memastikan tiada orang, khususnya warga emas yang tinggal dekat dengannya, cedera.



Ketika itu, dia merangkak dan berlari dalam keadaan asap tebal yang telah menyelubungi beberapa tingkat blok itu hingga hidungnya terasa sakit.



Tambahnya, ibunya juga tidak henti-henti mengetuk pintu rumah seorang wanita tua di sebelah rumahnya hingga beliau membuka pintu.



Meskipun dia tidak ingat berapa banyak pintu yang diketuk untuk menyuruh jirannya keluar, Ping Peng pergi ke semua unit dari tingkat lima hingga 11 blok itu.



"Saya tahu saya perlu cepat.



"Saya tidak mahu sesiapa tercedera. Masa amat berharga," ujarnya.



Semasa penyampaian anugerah itu, naib pengerusi Majlis Persediaan Kebakaran dan Kecemasan Kebangsaan (NFEC), Encik John Wu, turut hadir.



Selain pasangan adik-beradik itu, empat lagi individu yang disampaikan anugerah itu termasuk Encik Neo Jia Wei, Cik Jenny Goh, Encik Chiong Hai Weng dan Encik Willie Toh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >