Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Kebakaran di Bukit Panjang: Lelaki cedera dibawa ke hospital, 4 kenderaan dijilat api

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kebakaran di Bukit Panjang: Lelaki cedera dibawa ke hospital, 4 kenderaan dijilat api

Jul 05, 2022 | 05:30 AM

ORANG ramai hanya mampu melihat dengan rasa takut dari jarak jauh apabila terpandang seorang lelaki terpekik kesakitan dengan mukanya tersembam ke bumi ketika ditangani kumpulan paramedik.

Penduduk terjaga daripada tidur pagi kelmarin apabila api menyala membakar sebuah kereta lantas mendesak beberapa orang agar berhimpun di kaki Blok 216, Petir Road di Bukit Panjang.

Cik Kasidah Yusoff, 55 tahun, seorang pekerja pembersihan yang menetap di tingkat dua blok berdepan dengan tempat meletak kereta berkata:

"Seluruh jendela di depan flat kami menyala dan saya boleh rasakan bahangnya."

Beliau turun ke bawah untuk bersama jiran lain yang berdiri agak jauh kerana khuatirkan serpihan kebakaran mengena mereka.

Katanya, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang menerima panggilan bantuan sekitar 4 pagi sudah pun berada di tempat kejadian.

Seorang penduduk blok lain yang enggan memberitahu namanya menambah:

"Kami terlihat lelaki itu tetapi tidak mengenalinya. Justeru, saya tidak pasti jika dia menetap di blok saya. Terdapat ramai warga emas tinggal di sini. Tiada yang berani mendekati flat itu."

Akhbar Shin Min Daily News melaporkan semalam bahawa lelaki itu dipercayai pemandu kereta tersebut. Beliau dikatakan tidak dapat menggerakkan kenderaannya apabila ia tiba-tiba dijilat api dan merosakkan dua lagi kereta dan sebuah van berhampiran.

Lelaki itu dibawa ke Hospital Besar Singapura dengan kecederaan kebakaran berkenaan. Siasatan masih dijalankan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3