Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Choa Chu Kang setinggi empat tingkat, seluas padang bola sepak

Feb 14, 2020 | 10:20 AM



SATU kebakaran melibatkan kawasan seluas sebuah padang bola sepak dan setinggi empat tingkat telah berlaku pada pagi Jumaat (14 Februari).



Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kini terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang sudah berlangsung lebih lapan jam.



Kebakaran di 131 Lorong Semangka di Choa Chu Kang itu, yang bermula pada 1.30 pagi, tercetus di kawasan terbuka dan dipercayai berpunca daripada sisa kayu yang ditinggalkan sebuah syarikat di kawasan itu, kata jurucakap SCDF kepada The Straits Times.



SCDF berkata dalam catatan Facebook bahawa tumbuh-tumbuhan kering dan keadaan berangin di kawasan itu telah memburukkan usaha memadam kebakaran.



"Ini dijangka menjadi operasi pemadam kebakaran yang berlarutan," kata SCDF.



Sehingga jam 9.30 pagi, SCDF telah mengerahkan 50 anggota bomba dan enam kenderaan kecemasan.



Lima jet air digunakan untuk memadam api.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >