Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di fakulti perubatan NUS, tiada kecederaan dilapor

Mar 26, 2019 | 03:30 PM



KEBAKARAN yang berlaku di bangunan fakulti perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) menyebabkan 1,000 orang diarah keluar dari bangunan itu semalam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kebakaran yang berlaku di 14 Medical Drive pada 11.10 pagi.

Bangunan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS berada di alamat itu, yang juga merangkumi Perpustakaan Perubatan dan pusat kajian Centre for Translational Medicine.

SCDF berkata kebakaran itu melibatkan kandungan di bilik sejuk.

Ia dipadamkan oleh sistem pemadaman api sebelum ahli bomba tiba.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Encik Imran Ibrahim, yang bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan di Hospital Universiti Singapura yang berdekatan, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa beliau melihat lima lori bomba dan enam kereta ronda polis di tempat kejadian.

Sekumpulan orang pula berhimpun di kaki bangunan, kata beliau.

SCDF berkata ia sedang menyiasat sebab kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >