Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di flat HDB disebabkan e-skuter yang dicas

Jul 19, 2019 | 11:56 AM



DALAM satu lagi kebakaran di flat HDB yang disebabkan e-skuter yang sedang dicas, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memecah masuk sebuah unit di Bukit Batok semalam (18 Julai) untuk menyelamatkan pasangan yang terperangkap di dalam.



Menurut SCDF, seorang lelaki dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) selepas ditemui dalam keadaan tidak sedar dengan kecederaan dalam flat itu.





Pegawai SCDF turut menyelamatkan seorang wanita yang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap.



SCDF berkata mereka memberi respons dalam kejadian di tingkat 26 Blok 293D Bukit Batok Street 21 itu sekitar 12.40 pagi semalam.



Sementara itu, sekitar 70 penduduk blok itu juga dipindahkan SCDF dan polis, dengan kebanyakan daripada mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga 3 pagi.





SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.





Anggota Parlimen di kawasan undi itu, Encik Murali Pillai, berkata puncanya melibatkan dua e-skuter.



Beliau turut memuji relawan Rangkaian Penduduk Zon 12 yang membuka pusat itu dengan cepat bagi membolehkan penduduk yang terjejas berehat di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >