Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di flat Sengkang, 2 orang dihantar ke hospital

Feb 15, 2017 | 09:56 AM



SATU kebakaran kecil berlaku dalam bilik tidur sebuah flat HDB di Sengkang pada Selasa (14 Feb), menyebabkan asap hitam tebal keluar dari unit tingkat 13 itu.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam laman Facebook ia dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 248 Compassvale Road itu pada kira-kira 4.10 petang.



Anggota bomba SCDF yang dilengkapi dengan alat pernafasan memadamkan api dengan sebuah jet air.



Dua kereta bomba, sebuah Red Rhino, sebuah motosikal bomba, ambulans dan kenderaan sokongan dikerahkan.



Seorang lelaki dan seorang wanita warga emas yang meninggalkan flat itu semasa kejadian kemudian dihantar ke Hospital Besar Changi kerana terhidu asap.



Punca kebakaran sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >