Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di gudang penyimpanan dekat Kim Chuan Drive

Nov 18, 2019 | 04:10 PM



SATU kebakaran telah berlaku di bumbung sebuah gudang penyimpanan awal pagi tadi (18 November) berdekatan stesen MRT Tai Seng.



Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam pos Facebooknya, ia dimaklumkan tentang kebakaran di gudang terletak di No. 29 Kim Chuan Drive, sekitar 11.35 pagi tadi (18 November).



Kebakaran itu melibatkan barangan dapur dan bahan perkakas rumah yang terletak di bumbung gudang penyimpanan itu. 



Setibanya SCDF di tapak kejadian, api kebakaran itu sedang merebak. 



SCDF mengerahkan 14 kenderaan kecemasan dan sekitar 40 pegawai bomba ke tempat kejadian manakala tiga jet air digunakan untuk mengawal api. 



Empat orang dari premis terjejas telah dipindahkan sebelum ketibaan SCDF.



Api dipadamkan pada 12.45 tengahari dan tiada kecederaan dilaporkan.



Punca kebakaran masih disiasat.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >