Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di kapal layar di Keppel dipadam dalam sejam, tiada orang cedera: SCDF

May 30, 2022 | 08:15 PM



Sebuah kapal layar yang terbakar pada Isnin (30 Mei) sedang ia berlabuh di Marina di Teluk Keppel telah dapat dipadamkan dalam tempoh  sejam oleh anggota bomba.

Tiada kecederaan dilaporkan.





Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 11.30 pagi Isnin (30 Mei).

Anggota bomba daripada balai bomba Marina Bay dan Alexandra telah  dibantu kakitangan di premis itu dalam  memadam kebakaran tersebut.





Tiga pancutan air dan tiga gelung hos daripada jeti digunakan di sekeliling  bot untuk mengelak api daripada merebak ke kapal lain.





Anggota bomba daripada Balai Bomba Marin Brani dan sebuah kapal  Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu, kata SCDF.

SCDF menyatakan kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan dua pancutan air, dua pancutan buih dan satu pancutan air  kapal MPA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >