SATU kebakaran kecil berlaku di Pre-school By-The-Park di Shelford Road pada pagi Selasa (17 Mei). Tiada sesiapa cedera dan api dapat dipadamkan pada kira-kira 8 pagi.
Seorang penduduk kondominium di belakang unit sebandung yang menempatkan prasekolah tersebut, Encik Ma Xiu Yan, berkata beliau dikejutkan oleh penggera kebakaran di bangunan itu pada kira-kira 7.30 pagi dan penduduk turun ke tingkat lantai kompleks tersebut.
Waktu itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDFO) sudah berada di tempat kejadian bagi memadamkan api.
"Api menjadi besar dan bumbung runtuh. Tetapi tiada siapa panik. Saya tidak fikir ada orang dalam sekolah itu kerana masil awal," kata Encik Ma, 66 tahun.
Difahamkan kanak-kanak biasanya mula dihantar ke premis itu pada 7 pagi, manakala kelas bermula pada 9 pagi.
Pada kira-kira 8 pagi, penduduk dapat kembali ke rumah mereka.
Kakitangan sekolah itu yang berdiri di luar premis tidak mahu mengulas mengenai punca kebakaran, tetapi berkata tiada sesiapa cedera, dan ibu bapa telah dimaklumkan mengenai rancangan alternatif bagi anak mereka.
Pre-school By-The-Park mempunyai dua cawangan lain di Dunearn Road dan Li Hwan View, menurut laman web sekolah itu.