Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Serangoon Ave 4, tiada kecederaan dilapor

Mar 02, 2017 | 03:30 PM



SATU kebakaran kecil berlaku di Blok 220, Serangoon Avenue 4 pada Khamis (2 Mac) pagi, tetapi tiada siapa dilaporkan cedera.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dimaklumkan mengenainya sekitar 11.15 pagi.



Anggota bomba masuk secara paksa ke flat di tingkat 12 dan memadamkan api menggunakan jet air.



Pemilik rumah Chen Yi Zhu, 55 tahun, sedang membeli-belah di pusat beli-belah Nex berhampiran apabila suaminya Lim Jian An menghubunginya.



Encik Lim, 58 tahun, bekerja sebagai pembersih di Sekolah Menengah Peicai yang berdekatan.



Beliau melihat asap tebal keluar dari flat itu dan menghubungi isterinya.



Selepas mengesahkan dengan seorang kawan yang tinggal di blok bersebelahan, Cik Chen menghubungi 995.



Kebakaran itu dipercayai berlaku di bilik tidur.



Punca kebakaran masih disiasat, kata SCDF.



Dua kereta bomba, satu Red Rhino, dua motosikal kebakaran, ambulans, dan satu kenderaan sokongan dikerah ke tempat kejadian. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >