KEBAKARAN berlaku di Shenton House petang semalam, dengan dua orang dikejarkan ke hospital akibat terhidu asap.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memadamkan api dalam unit di tingkat 15 menggunakan jet air. Seluruh tingkat itu diselubungi asap apabila SCDF tiba. Anggota bomba menggunakan alat pernafasan dan memaksa masuk bagi memadam api.