SATU kebakaran berlaku di trak kontena yang diletakkan di estet perusahaan di Tuas pada Isnin (27 Disember).
Dalam satu lampiran pos Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya telah diberitahu tentang kebakaran itu sekitar 5.30 petang.
Pegawai SCDF yang tiba di Nombor 9 Tuas South Avenue 10 menemui trak tersebut di tingkat empat. Seramai 25 orang telah diminta mengosongkan bangunan itu sebelum operasi SCDF bermula.
Ketika memadamkan api, seorang ahli bomba cedera sikunya.
Beliau dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong. Tiada kecederaan dilaporkan.
Kawasan itu kemudian dipadamkan apinya untuk mengelakkan api daripada menyala lagi.
"Punca kebakaran sedang disiasat," kata SCDF.