Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Yishun: Dua lelaki dikejarkan ke hospital

Jun 24, 2018 | 11:09 AM



DUA  orang dihantar  ke hospital kerana tersedut  asap dalam satu  kebakaran  di sebuah flat di Yishun pada  pagi Ahad (24 Jun).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di flat tingkat  empat di Block 663 Yishun Avenue 4 itu pada  7 pagi.



Seramai 100 penduduk yang tinggal hingga ke tingkat 12  dipindahkan sebagai langkah keselamatan.



Video 16 minit yang dimuat naik  oleh pengguna Facebook Dahlia SenSasi menunjukkan asap kelabu tebal  menjulang dari flat terjejas  ke koridor dan flat di atas.



Api berwarna   oren boleh dilihat di dalam flat tersebut  apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian.



SCDF berkata dua kereta bomba, sebuah kenderaan  Red  Rhino,   dua motosikal bomba, sebuah   ambulans dan tiga kenderaan sokongan dikerahkan  ke tempat kejadian.



Kebakaran itu menjejas    ruang tamu, dapur dan dua bilik tidur  flat itu, kata SCDF.



Dua lelaki berusia 20-an tahun, yang tinggal di flat tersebut,  itu, dikeluarkan  sebelum ketibaan SCDF. Mereka dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat kerana tersedut asap.



Punca kebakaran itu sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >