Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran kapal tangki dekat Pedra Branca, tiada kecederaan dilaporkan

Nov 07, 2019 | 09:42 PM



SEBUAH kebakaran telah tercetus di atas sebuah kapal tangki di perairan Singapura pada hari Khamis (7 November).



Kejadian itu melibatkan kapal tangki HOYU yang berdaftar di Panama, dan berlaku sekitar 9.7 batu nautika dari Pedra Branca. Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia dimaklumkan tentang kebakaran itu pada 1.10 petang. 



"Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Polis Pengawal Pantai Singapura, dan Angkatan Laut Republik Singapura, telah mengerah kapal untuk membantu kru HOYU. Semua 18 anggota kru telah dipindah keluar dengan selamat, dan kebakaran itu telah dipadam," kata MPA.



Agensi itu menambah, tiada laporan kecederaan atau pencemaran, dan trafik perkapalan tidak terjejas. MPA juga sedang menyiasat insiden itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >