Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran pagi hari di flat Tampines: 40 penduduk dipindahkan

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 40 penduduk telah dipindahkan selepas satu kebakaran berlaku di Blok 395, Tampines Avenue 7 pada pagi semalam (3 Julai).



Dalam satu catatan Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 9.40 pagi.



Setibanya di lokasi tersebut, pasukan SCDF memakai peralatan pernafasan dan cuba memasuki unit di tingkat 10 yang sedang berasap, menurut catatan itu.



SCDF juga menyelamatkan seorang penduduk menerusi tingkap di unit yang terjejas itu.



Penduduk unit itu kemudian didapati seorang pandemik dan enggan dibawa ke hospital, menurut catatan berkenaan.



Api kebakaran yang menyelubungi sebuah bilik tidur unit, telah dapat dipadamkan dengan satu jet air.



Sekitar 40 orang dari unit di tingkat 9 hingga 12 telah dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga.



Seorang penduduk dari tingkat 11 telah terjatuh semasa usaha pemindahan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang.



SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.



Ini merupakan kebakaran kedua yang dilaporkan di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam seminggu.



Pada Selasa lalu, 10 orang termasuk seorang pegawai polis dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap selepas satu kebakaran berlaku di Blok 141 di Yishun Ring Road.



Kira-kira 100 penduduk yang tinggal di unit sehingga tingkat 10 di blok telah memindahkan diri sendiri sebelum pihak SCDF tiba.



Anggota Parlimen GRC Nee Soon, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, mengatakan bahawa empat flat telah terjejas teruk oleh kebakaran itu yang merebak dari bilik tidur utama ke unit di tingkat tiga hingga lima.



Penghuni di empat unit telah diberikan perlindungan di Kelab Masyarakat Chong Pang dan HDB akan menyediakan perumahan sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >